Penyanyi Joey BPR Kembali Ke Rahmatullah

Hantaran terakhir Joey BPR yang disiarkan di Facebook pada 28 Ogos 2026 ketika mengadakan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Foto Facebook Joey BPR
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers (BPR), Joey, 63, kembali ke rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur, pagi ini.
Berita pemergian Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, disampaikan isterinya menerusi hantaran di Facebook pagi ini.
“Assalamualaikum w.b.t
“Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bahawa Johari telah kembali kerahmatullah pada 29 August 2026, 08:11 AM sebentar tadi ..

“Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah …”, tulis Zarinah Zainal.
Hantaran terakhir allahyarham di media sosial ketika mengadakan konsert di Istana Budaya semalam, menjadi kenangan terakhir buat peminatnya yang mula membanjiri komen ucapan takziah dan mendoakan dipermudahkan segala urusan.
Antara lagu-lagu hit yang menjadi kegemaran peminat kumpulan itu ialah ‘Harum Subur Di Hati’, ‘Aku Hanya Serangga’ dan ‘Dari Sinar Mata’ sebaris dengan kumpulan rock lain dalam industri muzik tanah air pada 1990-an.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
