Penunjuk Perasaan Serang Polis Mexico Dengan Bunga Api

Sebahagian penunjuk perasaan menyerang Istana Presiden di Mexico City menggunakan bunga api pada Isnin. Foto AFP

MEXICO CITY, 14 Mei – Penunjuk perasaan di Mexico melancarkan ‘serangan bunga api’ ke arah polis Mexico pada Isnin, dalam usaha menuntut keadilan untuk 43 orang pelajar yang hilang hampir sedekad lalu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 26 pegawai cedera.

Sekretariat keselamatan ibu negara berkata polis yang cedera telah dirawat oleh paramedik dan dibawa ke hospital selepas demonstrasi di luar istana presiden di bandar Mexico.

Sebahagian penunjuk perasaan menyerang Istana Presiden di Mexico City menggunakan bunga api pada Isnin. Foto AFP

Protes itu dibuat selepas lapan askar yang dituduh terlibat dalam kehilangan pelajar dari sebuah maktab perguruan di negeri selatan Guerrero pada 2014 dibebaskan daripada tahanan pra-perbicaraan.

Kes itu secara meluas telah dianggap sebagai salah satu kekejaman hak asasi manusia yang paling teruk di negara berkenaan.

Pada Mac, penunjuk perasaan berang dengan proses kemajuan dalam membawa pelaku ke muka pengadilan dan mendesak langkah agresif daripada istana presiden.

Pelajar-pelajar telah berarak ke lokasi demonstrasi di bandar Mexico, apabila penyiasat percaya mereka diculik oleh kartel dadah dengan bersubahat dengan polis korup.

“Keadaan sebenar pelajar yang hilang masih tidak diketahui, tetapi suruhanjaya kebenaran yang ditubuhkan oleh kerajaan telah melabelkan kes itu sebagai jenayah negara,” jelas pihak tentera.

Arahan penangkapan telah dibuat untuk puluhan suspek termasuk anggota tentera dan seorang bekas peguam negara yang mengetuai siasatan kontroversi berhubung kehilangan besar-besaran itu.

Setakat ini, hanya tiga mayat mangsa telah dikenal pasti.- AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *