Penjimatan Subsidi Diesel Tampung Keperluan Kenderaan Awam, STR – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Selasa. Foto Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 11 Jun – Penjimatan RM4 bilion yang diraih menerusi penyasaran semula subsidi diesel akan dibelanja bagi menampung keperluan kos pengangkutan awam serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kos bagi STR yang kini memanfaatkan sembilan juta penerima sudah mencecah belanja RM10 bilion.

“Wang (penyasaran subsidi) itu bukan untuk naikkan elaun menteri atau kementerian lain. Penyasaran subsidi ini untuk pastikan ia tidak diberi kepada maha kaya dan warga asing.

“Jadi penjimatan daripada subsidi diesel ini sebahagiannya untuk menampung keperluan pengangkutan awam atau bantuan kepada rakyat. Sebahagiannya untuk tambah suntikan Sumbangan Tunai Rahmah yang skim ini kini sudah mencecah (belanja) RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Anwar berkata, penyasaran subsidi diesel adalah langkah ketiga dilaksana kerajaan bagi menstruktur semula agihan subsidi negara, selepas tarif elektrik dengan penjimatan RM4.5 bilion dan pengapungan harga ayam dan telur RM1.2 bilion.

  • Oleh Mohd Nassarudin Pauzi


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *