Pengalaman Tan Sri Lee Lam Thye Jadi Asas Perjuangan Ahli Lembaga Penasihat KL

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Andre Lai (kanan) bersama Tan Sri Lee Lam Thye (kiri) dan Datuk Tan Keng Chok semasa sesi teh tarik di Royal Selangor Golf Club. Foto Andre Lai

PENDAPAT, 6 Jul – Menjelang satu tahun ulang tahun lantikan saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat (ALP), saya mengajak Tan Sri Lee Lam Thye dan Datuk Tan Keng Chok untuk sesi teh tarik di Royal Selangor Golf Club.

Ramai mungkin tidak tahu, Tan Sri Lee Lam Thye memegang rekod sebagai ALP Bandaraya Kuala Lumpur selama 16 tahun.

Datuk Tan Keng Chok merupakan bekas Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kini menjadi penasihat kepada Datuk Bandar, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

Permulaan perjuangan Andre Lai sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL semasa penyerahan watikah pelantikan oleh Datuk Bandar KL Datuk Kamarulzaman Mat Salleh tahun lalu. Foto Andre Lai

Kedua-dua figura ini mempunyai jasa yang banyak terhadap perkembangan moden Bandaraya Kuala Lumpur.

Banyak kami berbincang. Fokus perbincangan menuju kepada Tan Sri Lee dalam liku-liku pengalaman beliau lebih daripada 50 tahun.

Tan Sri Lee Lam Thye tidak banyak mengungkit masa silam zaman beliau dalam politik, tetapi semenjak 1991 beliau telah banyak menyumbang jasa melalui kerja kebajikan dan mengambil peranan dalam kerajaan. Beliau merupakan perintis NIOSH dan banyak tahun berkhidmat dalam MCPF, di mana saya kini turut menjadi sebahagian daripadanya.

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai (dua dari kiri) dan Carmen Leong (kiri) banyak membantu Datuk Bandar menambah baik kehidupan warga kota menerusi pelbagai cadangan dan penambah baikan. Foto Andre Lai

Di DBKL, beliau mengetuai Jawatankuasa Kebersihan dan Alam Sekitar, yang kini disandang oleh rakan setugas saya, Carmen Leong.

Beliau mengingatkan saya, tugasan sebagai ALP membolehkan kami melangkaui setiap kawasan di Kuala Lumpur untuk menolong Datuk Bandar dalam memajukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.

Meskipun Wangsa Maju merupakan pangkalan asas saya, lantikan ALP membolehkan saya memberi nasihat dan turun padang berkhidmat kepada warga Kuala Lumpur di setiap kawasan.

Pelantikan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur membolehkan mereka mengenal pasti dan membantu Datuk Bandar KL Datuk Kamarulzaman Mat Salleh (duduk, tengah) menambah baik sistem penyampaian DBKL dengan lebih berkesan. Foto Andre Lai

Saya berpendapat sama dengan beliau, kerana saya percaya ALP adala mata dan telinga kepada DBKL. Nampak ada perubahan ketara dalam DBKL sendiri, selaras dengan reformasi institusi yang menjadi asas kepada aspirasi Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga memberi nasihat agar kami boleh menjadi pengimbang dalam belanjawan pembangunan dan pengurusan DBKL. Bukan bertujuan untuk mengesan ketirisan, tetapi untuk menambahbaik tahap kewangan DBKL.

Peranan Andre Lai tidak dapat dinafikan membantu Datuk Bandar KL memahami isu-isu terkini seputar Kuala Lumpur dan berperanan menjadi mata dan telinga DBKL setiap kali mesyuarat penuh diadakan. Foto Andre Lai

Pendekatan Tan Sri yang sentiasa bertenang menjadikan beliau seorang budiman dan rendah diri. Seorang pemimpin, pentadbir dan rakyat Malaysia yang baik.

Beliau menghantar satu pesanan ringkas kepada saya selepas jamuan. “Terima kasih Sdr Lai. Sessi jamuan teh petang tadi adalah positif. Kita terus berhubung demi kepentingan rakyat di KL”.

Kami merupakan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang berlainan zaman, namun objektif kami tetap sama, iaitu mengetengahkan kepentingan warga Kaula Lumpur.

Jalinan baik antara Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dengan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur membolehkan warga kota menikmati kehidupan lebih baik selepas ini. Foto Andre Lai

Barisan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur sekarang menerima watikah pada 7 Julai 2023.

Selamat ulang tahun pertama kepada rakan setugas saya.

LAI CHEN HENG
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju
Naib Pengerusi 1 KEADILAN Wilayah Persekutuan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *