Peminat Liverpool Bingung Kavanagh Jadi Pengadil Jumpa City

Pengadil Chris Kavanagh (kanan) yang berasal 8km dari Stadium Etihad, akan mengadili aksi Manchester City-Liverpool dalam PL hujung minggu ini. Foto Agensi

LONDON, 22 Nov – Penyokong Liverpool bingung dengan pemilihan pengadil bagi pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (PL) menentang Manchester City hujung minggu ini.

Kelab kendalian Jurgen Klopp itu boleh melonjak ke tangga teratas jika mereka menundukkan penyandang juara pada perlawanan awal malam Sabtu ini.

Chris Kavanagh dilantik sebagai pengadil bagi perlawanan besar antara dua pencabar kejuaraan itu dengan Stuart Attwell sebagai pengadil VAR.

Liverpool mempunyai rekod baik dengan Kavanagh sebagai pengadil, menang 13 daripada 15 perlawanan.

Bagaimanapun peminat Liverpool mengutuk keputusan itu dengan salah seorang daripadanya menyatakan mengenai jarak antara pekan kelahiran Kavanagh dengan Stadium Etihad.

Pengadil Chris Kavanagh (kanan) yang berasal 8km dari Stadium Etihad, akan mengadili aksi Manchester City-Liverpool dalam PL hujung minggu ini. Foto Agensi

Di platform Reddit, pengguna menyiarkan peta arah perjalanan dari Ashton-under-Lyne di Greater Manchester, yang mana Kavanagh berasal ke Stadium Etihad.

Tajuk hantaran itu ‘Pengadil Man City mln Liverpool dilahirkan hampir dengan gelanggang City’ manakala di bawahnya bertanya ‘bagaimana ia dibenarkan?’

Menurut Google Maps, jarak antara Ashton-under-Lyne dan Stadium Etihad hanya lapan kilometer dan kira-kira 20 minit pemanduan.

Berita itu turut menarik perhatian peminat Liverpool di media sosial dengan seorang menulis: “Chris Kavanagh, dari Manchester akan mengadili perlawanan kami menentang City. Dan Noel Gallagher akan mengendalikan VAR.”

Seorang lagi peminat turut senada dalam hantarannya, menulis: “Chris Kavanagh, dari Ashton-under-Lyne, Greater Manchester, akan mengadili perlawanan Man City mln Liverpool. Ricky Hatton akan mengendalikan VAR, manakala bapa Ricky Hatton akan menjadi pegawai keempat.”

Seorang lagi mengepos: “Chris Kavanagh dari Greater Manchester. Sukar untuk dipercayai.” – AGENSI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *