Pemandu Proton e.MAS Tular Memotong Berbahaya Ditahan Polis

IMG_8728

Pemandu kenderaan jenis Proton e.MAS berwarna kelabu yang dikesan melakukan tindakan memotong secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Foto tular

JOHOR BAHRU, 20 Okt – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun susulan penularan satu rakaman video memaparkan sebuah kenderaan memotong secara berbahaya di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini, hari ini.

​Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason menerusi kenyataan memaklumkan penahanan suspek dibuat pada jam 9.35 pagi di perkarangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Seri Alam.

​Siasatan mendapati kes terbabit berpunca daripada tindakan pemandu kenderaan jenis Proton e.MAS berwarna kelabu yang dikesan melakukan tindakan memotong secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pemandu kenderaan jenis Proton e.MAS berwarna kelabu yang dikesan melakukan tindakan memotong secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Foto tular

​Susulan daripada itu, pihak polis telah menyita kenderaan terbabit dan membawanya ke Balai Polis Trafik IPD Seri Alam untuk tindakan siasatan dan dokumentasi lanjut.

​Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mengesahkan keputusan adalah negatif daripada sebarang pengambilan bahan terlarang.

​“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) atau Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *