‘Pelaburan’ RM1.8 Bilion Musk Sia-Sia Bila Republikan Kalah Teruk Dalam Pilihan Raya

IMG_0114

Sindiran pengundi kepada Elon Musk dalam bentuk replika cek yang membantu kempen calon Republikan, Ken Paxton dilihat beberapa hari sebelum pengundian pada 3 November lalu.

WASHINGTON, 5 Nov – Sumbangan ratusan juta dolar daripada bilionair teknologi kontroversi, Elon Musk seakan sia-sia apabila gagal membantu calon Republikan memenangi kerusi Senat di Texas pada Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung pada Selasa.

Calon Demokrat, James Talarico mencatat kemenangan besar ke atas calon Republikan, Ken Paxton, sekali gus merampas kerusi berkenaan daripada Republikan buat kali pertama sejak 1988.

Kemenangan Talarico turut menjadi tamparan kepada Musk yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada kempen Republikan (GOP) pada pemilihan kali ini.

Kekalahan Ken Paxton (kanan) menyebabkan pelaburan RM1.8 bilion Elon Musk cuma sia-sia kerana penolakan Republican terlalu besar untuk ditanggung.

Menurut laporan, Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) yang disokong Musk menyumbang kira-kira AS$47 juta (RM191 juta) kepada kempen Paxton selain AS$158 juta (RM641 juta) yang disalurkan kepada Yayasan Kepimpinan Senat pada September lalu.

Secara keseluruhan, Musk membelanjakan kira-kira AS$446 juta (RM1.8 bilion) untuk menyokong calon-calon Republikan lantas menjadikannya penyumbang individu terbesar. Namun, jumlah wang yang besar itu gagal mengubah keputusan pengundi Texas.

Talarico berjaya menewaskan Paxton dengan majoriti melebihi 12 mata peratusan dalam pertandingan kerusi Senat yang disifatkan antara paling mahal dalam sejarah pilihan raya AS.

Persaingan tersebut menyaksikan perbelanjaan melebihi AS$573 juta (RM2.3 bilion) khususnya untuk pengiklanan berkaitan kempen berkenaan.

Menerusi ucapan kemenangannya, Talarico menyifatkan keputusan itu sebagai bukti bahawa pengaruh kewangan golongan ultra kaya tidak semestinya mampu menentukan pilihan pengundi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *