Pekerja Ditemukan Meninggal Dunia Di Dalam Stor Agensi Kerajaan

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke Hospital Lawas oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 28 Oktober 2026.
LAWAS, 29 Okt – Seorang pekerja lelaki tempatan berusia 35 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah stor milik agensi kerajaan di Trusan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 12.03 tengah hari.
Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa sedang menjalankan tugas mengemas stor sebelum ditemukan terbaring oleh rakan sekerjanya pada jam 9.05 pagi, manakala rakan setugasnya berada di luar bangunan stor terbabit.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke Hospital Lawas oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam kejadian itu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menyalurkannya segera kepada pihak polis,” menurut kenyataan rasmi IPD Lawas.
Pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa, sementara jenazah diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) perubatan forensik.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
