Pekerja Cedera Parah Gas Ammonia Kilang Ais Bocor Meninggal Dunia

Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) namun disahkan meninggal dunia. Foto Sinar Harian

SANDAKAN, 10 NovPekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, mangsa berumur 40 tahun itu sedang melakukan kerja penyelanggaraan ketika mesin pemotong ais pecah dan terkena gas ammonia sehingga tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal polis mendapati ketika kejadian…seorang mekanik dibantu oleh tujuh pekerja sedang membuat penyelanggaraan pada mesin pemotong ais.

“Sebatang paip sistem penyejukan telah bocor dan menyebabkan gas ammonia dari keseluruhan tiub sistem penyejukan menyembur keluar,” katanya kepada pemberita ketika meninjau tempat kejadian di Batu 3 di sini, malam ini.

Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) namun disahkan meninggal dunia. Foto Sinar Harian

Abdul Fuad berkata mangsa yang identiti masih dalam siasatan, telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di HDOK dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurut beliau ketika kejadian, 18 pekerja berumur 21 hingga 55 tahun sedang bertugas di kilang berkenaan dan 17 daripada mereka menerima rawatan di HDOK akibat terhidu gas bocor.

Katanya enam daripada mangsa telahpun dibenarkan pulang manakala selebihnya masih menerima rawatan lanjut termasuk di unit rawatan rapi.

“Sekarang ini, tahap kualiti udara normal dan terkawal. Namun, saya ambil keputusan untuk tutup sementara pengoperasian kilang-kilang di kawasan ini yang berdekatan 100 meter dari kilang ais mengikut nasihat Jabatan Alam Sekitar,” katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Pengarah HDOK Dr Mohd Fahmie Othman menasihati orang awam terutama penduduk sekitar yang mungkin terkesan dengan kejadian itu agar segera ke klinik berdekatan atau terus ke Jabatan Kecemasan HDOK jika mengalami simptom seperti gatal pada kulit, radang pada mata dan sesak nafas.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *