PBB Gesa Gencatan Senjata Kekal Di Gaza

IMG_7382

Rakyat Palestin di Gaza berdepan kehilangan nyawa dalam jumlah besar, selain dipindahkan dari kediaman dan kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan yang berlaku.

NEW YORK, 5 Okt – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam menggesa gencatan senjata kekal di Gaza menjelang konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober 2023.

Beliau turut menggesa usaha politik digerakkan bagi mencapai keamanan berkekalan di seluruh rantau berkenaan.

“Sudah tiba masanya gencatan senjata menjadi kekal. Sudah tiba masanya bantuan kemanusiaan disalurkan pada skala besar. Sudah tiba masanya undang-undang antarabangsa dihormati.

Rakyat Palestin di Gaza berdepan kehilangan nyawa dalam jumlah besar, selain dipindahkan dari kediaman dan kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan yang berlaku.

“Biarlah tarikh ini bukan sekadar menandakan satu lagi tahun berkabung tetapi juga menjadi titik tolak kepada tekad baharu untuk membina masa depan berbeza.

“Dalam masa depan itu, rakyat Israel dan Palestin boleh hidup bersama dalam keamanan dan keselamatan, dengan hak, maruah dan aspirasi mereka dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

Guterres berkata, rakyat Palestin di Gaza berdepan kehilangan nyawa dalam jumlah besar, selain dipindahkan dari kediaman dan kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan yang berlaku.

“Penderitaan mereka juga menuntut supaya ia dihentikan sekarang,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 74,200 orang terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Guterres berkata, gencatan senjata singkat yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Oktober 2025 memberikan sedikit kelegaan.

“Namun, ia masih belum membawa keselamatan, bantuan kemanusiaan yang mencukupi atau laluan yang diyakini ke arah pemulihan dan keamanan,” katanya.

Israel yang masih menguasai sebahagian besar Gaza enggan mengundurkan tenteranya sehingga pelucutan senjata Hamas disahkan.

Pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan ASEAN kekal tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar sebaliknya mahu semua pihak menggembeleng usaha menggerakkan dunia ke arah kestabilan dan keamanan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hamas pula menyokong pelucutan senjata secara berperingkat, berbanding menyerahkan semua senjata secara serta-merta dan tanpa syarat.

Sejak serangan pada 2023, Israel melancarkan operasi ketenteraan di beberapa kawasan, termasuk menyerang selatan Lubnan bagi menentang Hizbullah.

Israel juga melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari bersama AS. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *