Pasangan Pempengaruh Didakwa Cuba Seleweng Kutipan Derma Direman

Pegawai SPRM membawa pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma untuk direman di Mahkamah Majistret Putrajaya. Foto X Friends of SPRM

PUTRAJAYA, 11 Jul – Pasangan suami isteri didakwa menipu orang ramai dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung isu penyelewengan kutipan derma.

Pasangan berkenaan yang juga pempengaruh di media sosial itu tiba dengan menaiki sebuah van milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.15 pagi.

Kemudian mereka berdua diiringi pegawai SPRM untuk dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan kedua-dua tangan mereka dilihat bergari sejak keluar dari van berkenaan.

Kes disiasat SPRM setelah pempengaruh itu didakwa menyeleweng hasil kutipan derma hasil pembongkaran warganet yang curiga dengan operasi pasangan berkenaan di media sosial beberapa ketika dahulu.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam bagi membantu siasatan, namun difahamkan wang yang diterima dipercayai diselewengkan.

Terdahulu, sebuah akaun berkenaan pembongkaran jenayah di Facebook mendakwa kedua-dua mereka membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *