Parkinson? Tidak Benar Sama-Sekali – White House

Calon Demokrat bagi Presiden AS, Joe Biden, berdebat dengan calon Republikan, Donald Trump, di Atlanta, Georgia, AS, minggu lalu. Foto Reuters

WASHINGTON, 9 Jul – Pentadbiran White House mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak dirawat untuk penyakit Parkinson.

Ini selepas tersebar laporan mengenai kunjungan pakar penyakit Parkinson ke pejabat presiden itu sebanyak lapan kali sepanjang tahun lalu.

Dalam taklimat di White House, setiausaha akhbarnya, Karine Jean Pierre enggan mengesahkan lawatan Dr Kevin Cannard atas alasan melindungi privasi dan faktor keselamatan.

Namun menurutnya, Biden telah bertemu dengan pakar neurologi itu sebanyak tiga kali berhubung dengan pemeriksaan kesihatan tahunan beliau.

“Jika ia tiada dalam laporan perubatan, jelas sekali ia bukan sesuatu yang dihadapi oleh Presiden.

“Adakah Presiden sedang dirawat untuk Parkinson? Tidak. Adakah beliau sedang dirawat untuk penyakit Parkinson? Tidak. Adakah beliau mengambil ubat untuk Parkinson? Tidak.

“Tetapi saya tidak akan mengesahkan seorang pakar atau mana-mana pakar yang datang ke White House,” katanya.

Kebimbangan mengenai Biden mengalami penyakit yang tidak didedahkan meningkat selepas prestasi buruk beliau dalam sesi debat dengan calon presiden daripada parti Republikan Donald Trump.

Menurut New York Times, rekod pelawat White House menunjukkan bahawa Dr Cannard, seorang pakar neurologi dalam gangguan pergerakan dan baru-baru ini menerbitkan kertas kerja mengenai penyakit Parkinson, telah melawat White House lapan kali antara musim panas lalu dan musim bunga tahun ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *