OPR Kekal 2.75 Peratus Buat Kali Ke-8 Berturut-Turut

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus pada mesyuarat MPC pada 3 September 2026. Foto Zahid Izzani

KUALA LUMPUR, 3 Sep – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus buat kali kelapan berturut-turut pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Bank pusat berkata, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan global yang berdaya tahan,
disokong oleh pengembangan teknologi global yang kukuh, keadaan bekalan yang bertambah baik dan pasaran pekerja yang stabil.

“Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini juga memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus pada 5 Mac 2026.

“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, inflasi menurun sedikit pada bulan-bulan kebelakangan ini namun dijangka kekal tinggi berikutan kesan tertunda pindahan kos tenaga kepada harga pengguna.

Pada masa hadapan, bank pusat berkata, meskipun ketidaktentuan berhubung dengan konflik di Asia Barat terus mempengaruhi pertumbuhan global berikutan tekanan inflasi yang berterusan, kesannya dijangka diimbangi oleh perbelanjaan berkaitan teknologi yang mampan.

BNM berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penunjuk semasa yang menunjukkan pertumbuhan global dan perdagangan terus kukuh, disokong oleh permintaan domestik serta aktiviti ekonomi yang dipercepatkan sebelum ini.

“Risiko pertumbuhan global menjadi rendah terus wujud, berpunca daripada ketegangan geopolitik yang berlarutan, keadaan kewangan global yang lebih ketat dan kebimbangan tentang penilaian dalam pasaran kewangan.

“Potensi pertumbuhan menjadi tinggi termasuk perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh, pemulihan keadaan rantaian bekalan yang lebih cepat daripada jangkaan dan langkah-langkah
dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *