Operasi Kesan Warga Emas Hilang Selepas Kenderaan Terbabas Ke Dalam Sungai

IMG_4831

Operasi mengesan warga emas yang dilaporkan hilang selepas Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, Sungai Petani pada 3 Oktober 2026. Foto orang awam

SUNGAI PETANI, 3 Okt – Pasukan penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas kenderaan jenis Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, di sini awal pagi tadi.

​Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan menerusi kenyataan rasmi memaklumkan Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 1 pagi tadi.

​Mangsa yang dikenali sebagai Mat Yusof Hashim, 77, dari Jalan Masjid FELDA Teloi Timur, dilaporkan dalam perjalanan dari arah Jalan Kuala Ketil menghala ke FELDA Teloi Timur sebelum kenderaannya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam sungai.

Operasi mengesan warga emas yang dilaporkan hilang selepas Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, Sungai Petani pada 3 Oktober 2026. Foto orang awam

​Pemeriksaan awal mengesyaki mangsa berada di dalam kenderaan terbabit sewaktu ia tenggelam. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Proton Wira berkenaan berjaya ditarik keluar dari sungai menggunakan bantuan kren, pemeriksaan mengesahkan pemandunya tiada di dalam kenderaan.

Operasi mengesan warga emas yang dilaporkan hilang selepas Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, Sungai Petani pada 3 Oktober 2026. Foto orang awam

​Susulan penemuan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempertingkatkan operasi SAR di perimeter aliran sungai terbabit.

​“Kenderaan terbabit telah dihantar ke Balai Trafik IPD Kuala Muda bagi tindakan siasatan lanjut.

Operasi mengesan warga emas yang dilaporkan hilang selepas Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, Sungai Petani pada 3 Oktober 2026. Foto orang awam

​“Sehingga kini, operasi pencarian masih diteruskan di kawasan persekitaran sungai dan status keberadaan mangsa masih belum dapat dipastikan,”

​Siasatan terperinci mengenai punca kemalangan dan operasi SAR kini dikendalikan secara bersama oleh pihak PDRM dan JBPM Kedah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *