Nurul Izzah Bangkit Bersama TERAS, Sedia Ke Medan Tempur Pilihan Raya

Temu bual eksklusif penulis bersama Nurul Izzah menyentuh persiapan pilihan raya di Petaling Jaya pada 2 Mei 2026.

MINDA NORAINI NORDIN, 3 Mei – Ketika bahang PRU16 makin terasa dan detiknya dijangka tidak jauh daripada sekarang, Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar tampil dengan langkah positif ke arah itu.

Sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama, Puteri Reformasi ini menunjukkan keyakinan tinggi untuk memasuki `zon perang pilihan raya’ bersama bala tentera KEADILAN yang terlatih serta berpengalaman dengan memperkenalkan sistem TERAS pada Majlis Peluncuran di Dewan Komuniti Bandar Utama 11, Petaling Jaya (Selangor) pagi semalam.

Sudah pasti `buah tangan’ Nurul Izzah dan pasukan amat dinanti-nanti yang telah bersiap siaga menghadapi pilihan raya negeri-negeri mahu pun Pilihan Raya Umum.

Ratusan anggota KEADILAN dari seluruh negara turun memberi sokongan kepada peluncuran TERAS yang disempurnakan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar pada 2 Mei 2026. Foto Md Sani Md Shah

Yang paling terdekat pastilah Melaka, Johor dan juga Negeri Sembilan yang bakal menyaksikan `pertempuran hebat’ calon-calon yang bertanding mewakili parti masing-masing.

MEMPERKEMASKAN PENGURUSAN PILIHAN RAYA

Ternyata, diam Nurul Izzah bukan sebarangan. Walaupun kerap dipersendakan atau diperlecehkan dari segenap penjuru namun figura kesayangan KEADILAN ini tidak mudah melatah apatah lagi beremosi untuk meninggalkan gelanggang.

Diam Nurul Izzah diam-diam ubi – Peribahasa Melayu yang menggambarkan orang yang tidak banyak bercakap tetapi mempunyai hasil atau pengetahuan yang mendalam, berilmu, rajin bekerja dan banyak berfikir.

Walaupun kerap dipersendakan atau diperlecehkan dari segenap penjuru namun figura kesayangan KEADILAN ini tidak mudah melatah apatah lagi beremosi untuk meninggalkan gelanggang.

Langkah positif yang digerakkan beliau ialah memperkenalkan sistem pengurusan pilihan raya dinamakan “TERAS” yang berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh gerak kerja jentera parti serta memperkemas pengurusan pilihan raya.

Dalam temu bual eksklusif penulis dengan Nurul Izzah yang menyentuh persiapan pilihan raya, beliau berkata, pembangunan sistem “TERAS” adalah usaha menghargai pengorbanan anggota parti yang sekian lama bekerja keras di belakang tabir untuk memudahkan tugas mereka.

“Alhamdulillah, kita tahu ramai anggota parti berjuang berpenat lelah walaupun pemimpin silih berganti.

Ratusan anggota dari seluruh negara hadir pada peluncuran TERAS di Petaling Jaya pada 3 Mei 2026.

“Hari ini adalah masa untuk kita memberi kembali kepada anggota dengan memperkenalkan sistem berteknologi canggih berteraskan AI milik KEADILAN,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, walaupun sistem itu tidak menjamin 100 peratus kemenangan namun ianya mampu memperkukuh gerakan di peringkat akar umbi serta memudahkan pelbagai urusan berkaitan pilihan raya.

“Sudah tentu ia tidak sempurna tetapi ia mampu – setelah kita cakna penggunannya – untuk memperkuat gerakan jentera di bawah.

Peluncuran TERAS oleh Nurul Izzah Anwar serta pimpinan KEADILAN membawa mesej bahawa KEADILAN telah bersedia bertempur di medan PRU16 dengan penambah baikan berbanding PRU terdahulu.

“Sistem ini akan memudah urus segala urusan pilihan raya dan memastikan penat lelah jentera diambil kira dalam satu sistem diintegrasikan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, sistem berkenaan dibangunkan dengan empat elemen utama, termasuk pusat arahan dikenali sebagai “Nexus” yang perlu dipantau rapi oleh pengurus kempen.

Selain itu, elemen “Pulse” diperkenalkan sebagai nadi rakyat, yang memerlukan jentera turun padang untuk mengumpul dan memasukkan data bagi membuat analisis isu semasa.

Pulse memerlukan jentera turun padang, ‘key in’ data, dan di peringkat ‘back room’ perlu menganggarkan isu yang sedang dibawa,” katanya.

Hari ini adalah masa untuk kita memberi kembali kepada anggota dengan memperkenalkan sistem berteknologi canggih berteraskan AI milik KEADILAN – Nurul Izzah Anwar

Menurut beliau, pendekatan melalui sistem baru “TERAS” ini penting bagi memastikan mesej parti dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat.

CABARAN DALAM ERA AI

“Hal ini penting kerana kadang kadang cakap kita ‘tak sampai’ (maksudnya). Orang anggap tak penting atau tak ada masa nak dengar. Jadi kita nak kena tahu hubungan, gandingan (isu dan kehendak pendengar),” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Nurul Izzah turut mengingatkan mengenai cabaran dalam era AI yang turut membuka ruang kepada penipuan maklumat.

Antara elemen penting yang digarap dalam TERAS diluncurkan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pada 3 Mei 2026.

“Dalam era AI ini juga terdedah kepada banyak penipuan, penipuan yang paling kuat adalah (yang dianggap) kebenaran yang sesungguhnya,” pesan beliau lagi.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mengingatkan bahawa pendekatan turun padang tetap merupakan nadi ketika berkempen, meskipun teknologi AI semakin pesat berkembang.

Kata, interaksi bersemuka dengan rakyat tidak boleh diambil alih sepenuhnya oleh teknologi, sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh sistem pengurusan data secara lebih tersusun.

Peluncuran TERAS disaksikan penulis membawa keyakinan bahawa KEADILAN bersedia menghadapi PRU 16.

“Setiap hari kita turun padang dan jumpa rakyat, dengar rintihan atau terima aduan, itu adalah asas.

“Walaupun teknologi bergerak laju, kita tetap perlu turun ke lapangan,” tegasnya.

Apa yang nyata, dengan memperkenalkan sistem “TERAS” bagi KEADILAN mendepani PRU akan datang, selain memperlihatkan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden tidak duduk diam, malah sudah bersedia untuk lebih aktif ke medan pertempuran.

Oleh Noraini Nordin

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *