Naib Presiden Malawi, Sembilan Disahkan Maut, Bangkai Pesawat Ditemui

Keadaan bangkai helikpoter membawa Naib Presiden Malawi yang terhempas dan ditemui beberapa jam lalu. Foto Malawi State TV

CAPE TOWN, 11 Jun – Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan sembilan penumpang lain disahkan terkorban selepas pesawat dinaiki mereka dipercayai terhempas, Sputnik memetik laporan portal berita MBC Digital pada Selasa yang memetik kenyataan Presiden, Lazarus Chakwera.

Pesawat Angkatan Pertahanan Malawi dilaporkan gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu akibat cuaca buruk dan juruterbang dinasihatkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kamuzu di Lilongwe, sebelum pesawat itu hilang dari radar sekitar 10 pagi Isnin waktu tempatan (0800 GMT).

AFP memetik sumber mendakwa serpihan pesawat tentera itu telah ditemui.

Terdahulu Saulos dijadual menghadiri majlis pengebumian Ralph Kasambara, bekas Menteri Kehakiman yang meninggal dunia pada Jumaat, dengan helikopter dinaikinya berlepas dari ibu negara Lilongwe sebelum hilang di utara negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Sehubungan dengan kejadian itu, Presiden Lazarus Chakwera membatalkan lawatan ke luar negara yang dijadualkan dan mengarahkan kedua-dua agensi serantau serta nasional untuk memperhebatkan misi pencarian bagi mengesan pesawat yang hilang, menurut satu kenyataan dari pejabat presiden.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *