NACS Perkukuh Strategi Kerajaan MADANI Perangi Rasuah – Andre Lai

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai menyeru semua pihak menyokong NACS bagi menjadikan agenda Malaysia MADANI terus diperkasa. Foto Facebook Andre Lai

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ketegasan Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah bukan sekadar retorik sebaliknya lebih dipergiat dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang diluncur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Sambil menyifatkan strategi tersebut tepat pada masanya bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai melihat kerajaan tidak lagi bertolak ansur memerangi rasuah hingga ke peringkat akar umbi.

“KEADILAN Wilayah Persekutuan mengalu-alukan penubuhan NACS yang digerakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya menggantikan NACP malah ia memberi penekanan terhadap aspek berkaitan seperti salah guna kuasa dan mencegah amalan jijik itu dari peringkat awal lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 (NACS) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain menambah baik ekosistem NACP, pelan strategi NACS diyakini mampu menurukan indeks rasuah negara di peringkat global dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk menambah pelaburan masing-masing dalam tempoh dua tahun lagi.

“Saya optimis SPRM mampu menjadi sebuah agensi yang digeruni seperti yang dicapai Badan Pencegah Rasuah (BPR) selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling konsisten memerangi rasuah sejak dari dulu lagi,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju menyeru semua pihak meneliti kerangka NACS bagi dijadikan panduan termasuk di sekolah bagi pelajar dididik menjauhi perbuatan terkutuk itu lantas membolehkan agenda Malaysia MADANI terus diperkasakan.

Pada 9 Disember tahun lalu, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus konsisten dengan usaha memerangi rasuah di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 (NACS) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2022 yang disambut pada hari berkenaan, beliau menegaskan agenda reformasi terutamanya dalam usaha mencegah rasuah tidak hanya terhad kepada kaedah penguatkuasaan.

Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai seperti integriti, akhlak dan etika adalah aspek yang perlu diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

“Dengan meraikan serta memartabatkan integriti, ia berupaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan yang holistik yang akan mencakup aspek fizikal, rohani, nilai dan identiti,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *