Moto3 GP Malaysia: Hakim Danish Usah Putus Asa, Terus Buru Kejayaan – PM Anwar

IMG_9808

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu barisan pelumba muda negara, Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi sempena MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli diharap tidak berputus asa selepas terpaksa berpuas hati berada di kedudukan keempat pada perlumbaan PETRONAS Moto3 Grand Prix (GP) of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan perlumbaan di petak ketiga, berjaya melonjak ke tempat kedua pada pusingan ke-11 sebelum kedudukannya dipintas dua pelumba pada pusingan berikutnya dan hanya dipisahkan 0.226 saat daripada podium tempat ketiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu barisan pelumba muda negara, Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi sempena MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Suntikan semangat itu dizahirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di media sosial selepas menyaksikan jaguh negara itu berentap bersama pelumba handalan dunia di hadapan hampir 200,000 penyokong tempatan serta luar negara.

Perdana Menteri berharap pelumba berusia 19 tahun itu terus berusaha pada baki saingan musim ini seraya mengucapkan tahniah atas usaha yang dicurahkan yang diharap mampu melakar lebih jauh lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu barisan pelumba muda negara, Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi sempena MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

“Tahniah kepada Hakim Danish kerana menamatkan saingan Moto3 di tempat keempat! Teruskan usaha dan jangan patah semangat, masih ada baki perlumbaan untuk cuba melangkah lebih jauh,” ujar Anwar.

Anwar yang diiringi Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamad Taufiq Johari, turut meluangkan masa bertemu dengan pelumba muda negara Muhammad Qabil Irfan Azlan, Qayyim Razin Razali dan Muhammad Naqib Rifqi Zulhelmi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu barisan pelumba muda negara, Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi sempena MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul serta para pegawai kanan SIC dalam suasana santai namun ceria dengan telatah serta amanat Perdana Menteri.

“Saya juga titip pesan agar mereka jangan mudah mengalah apabila berdepan cabaran kerana setiap juara juga pernah melalui episod jatuh bangun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu barisan pelumba muda negara, Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi sempena MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

“Semoga suatu hari nanti kalian pula menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *