Minum Petang Bersama TYT Pulau Pinang Akhiri Lawatan PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Georgetown pada 29 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

GEORGETOWN, 29 Ogos – Lawatan kerja selama dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang diakhiri dengan berkesempatan menghadiri majlis minum petang bersama dengan Tuan Yang Terutama (TYT), Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib di kediaman rasmi Seri Mutiara di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Georgetown pada 29 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Berkongsi perkembangan di media sosial malam ini, Anwar berkata, pertemuan itu akan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.

Sesi berkenaan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra manakala Anwar dan Ramli bertukar pandangan secara empat mata sejak Anwar tiba di kediaman rasmi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Georgetown pada 29 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Sementara itu, Ramli berkata beliau berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri serta menyifatkan ziarah tersebut sebagai ruang untuk bertukar pandangan mengenai beberapa perkembangan semasa berkaitan Pulau Pinang dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Georgetown pada 29 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Saya amat menghargai kesudian Datuk Seri meluangkan masa berkunjung ke Seri Mutiara sebelum terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Georgetown pada 29 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Pertemuan turut diceriakan dengan gelagat cucunda, Aldrey (Alfi) yang begitu teruja mengajukan pelbagai soalan dan dilayani Datuk Seri dengan penuh mesra. Terima kasih atas ziarah dan silaturahim yang terus terpelihara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Georgetown pada 29 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar mengadakan lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam, yang padat dengan pelbagai pengisian antaranya menghadiri Program Skim Usahawan Bangkit (SUB) Permatang Pauh, Jambori Pengakap Malaysia ke-15 dan Program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI 2026.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *