Mesyuarat J/Kuasa Khas Setuju Cadangan Pinda Akta Penagihan Dadah – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dipengerusikan Ahmad Zahid pada Selasa. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 11 JunMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 hari ini bersetuju dengan cadangan pindaan dan syor-syor yang dikemukakan terhadap Seksyen 8 akta itu.

Keputusan tersebut dicapai semasa beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas berkenaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir dalam mesyuarat khas itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dipengerusikan Ahmad Zahid pada Selasa. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

“Mesyuarat tadi telah membincangkan pelbagai perkara terkait mengenai cadangan pindaan mengenai akta penagih dadah ini.

“Alhamdulillah, terdapat beberapa keputusan awal telah dibuat. Insya-Allah segala cadangan dan idea tersebut tersebut akan dibentang semula di dalam kabinet tidak lama lagi,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Terdahulu Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata pindaan terbabit memberi keutamaan kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dipengerusikan Ahmad Zahid pada Selasa. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata mesyuarat itu memperhalus dan membincangkan beberapa perkara penting khususnya berkenaan pindaan Seksyen 8 akta itu yang merujuk kepada rawatan dan pemulihan kepada penagih atau individu yang menyalahgunakan dadah atau bahan bagi mendapatkan rawatan secara sukarela.

“Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibentangkan ke Parlimen untuk dimuktamadkan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat berkenaan diadakan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 April lepas yang bersetuju supaya satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas diwujudkan melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan bagi membincangkan cadangan pindaan akta itu.

“Semoga usaha kedua-dua kementerian dalam menguruskan isu rawatan dan pemulihan dadah serta bahan dapat beroleh manfaat sebaiknya,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *