‘Mesti Siap Sebelum Hujung Tahun’ – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tengah) bersama para pegawai MCMC melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara telekomunikasi baharu di Kampung Mangga dekat sini hari ini. Foto Mohd Razeef

TAWAU, 18 Mei – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan syarikat-syarikat dan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam infrastruktur komunikasi agar segera menyiapkan pembinaan menara telekomunikasi di Sabah selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ini kerana menerusi hantaran di Facebook, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan mendedahkan proses pembinaan hampir 400 menara itu adalah perlahan dan ia dikhuatiri akan menjejaskan ketersambungan capaian internet di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara tersebut di Kampung Mangga dekat sini hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tengah) bersama para pegawai MCMC melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara telekomunikasi baharu di Kampung Mangga dekat sini hari ini. Foto Mohd Razeef

Difahamkan seramai 500 penduduk kampung dan kawasan sekitar kini menikmati capaian internet yang lebih baik susulan siapnya menara komunikasi di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 yang bermula pada pertengahan Mac 2024 lalu.

“Beberapa masalah telah dikenal pasti, antaranya membabitkan pejabat tanah serta syarikat telekomunikasi yang sepatutnya menerima serahan menara terbabit.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tiga dari kiri) bersama para pegawai MCMC melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara telekomunikasi baharu di Kampung Mangga dekat sini hari ini. Foto Mohd Razeef

“Kerajaan MADANI kekal komited menyelesaikan masalah Internet bagi kemudahan dan keselesaan seluruh rakyat Malaysia,” kata Fahmi menerusi catatan di Facebook hari ini.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), pembinaan menara komunikasi ini memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan akses perkhidmatan dalam talian kerajaan, swasta dan perniagaan serta penglibatan diri dalam e-dagang sama ada sebagai pembeli atau usahawan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (kanan) bersama para pegawai MCMC mengadakan perbincangan selepas melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara telekomunikasi baharu di Kampung Mangga dekat sini hari ini. Foto Mohd Razeef

“Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KTSI) dalam memudah cara pelaksanaan projek telah banyak membantu dalam menjayakan projek-projek JENDELA di Sabah.

“Capaian internet di kawasan Parlimen Tawau telah mencapai 98.05% berbanding 81.82% setakat suku pertama 2024 lalu. Sebanyak 19 daripada 22 buah menara baharu telah disiapkan di kawasan tersebut,” kata kenyataan itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (kiri) bersama para pegawai MCMC melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara telekomunikasi baharu di Kampung Mangga dekat sini hari ini. Foto Mohd Razeef

Manakala sebanyak 647 menara baharu telah dirancang manakala 4,486 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf dan 303,569 premis akan dilengkapi dengan sambungan gentian optik.

MCMC berkata lagi, perkhidmatan jalur lebar melalui satelit Broadband Wireless Access (BWA) akan disediakan di 138 lokasi di kawasan pedalaman.

Sebanyak 259 stesen pemancar telah siap dinaik taraf sepenuhnya manakala sebanyak 18,231 premis dilengkapi dengan sambungan gentian optik. Terdapat juga satu lokasi Jalur Lebar Satelit di bawah projek JENDELA.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Pembangunan MCMC, Ir. Azizi A Hadi.

Pengarah MCMC Sabah Ratnawaty Talib mengiringi Fahmi dan Mohamad Fauzi menyantuni penduduk kampung yang rata-rata berpuas hati dengan mutu liputan dan kelajuan internet yang lebih baik bagi memajukan ekonomi setempat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (kiri) beramah mesra bersama para pegawai MCMC dan penduduk sekitar selepas melakukan tinjauan pengoperasian ke atas menara telekomunikasi baharu di Kampung Mangga dekat sini hari ini. Foto Mohd Razeef

Adalah diharapkan dengan siapnya menara ini ia menjadi satu lagi mercu tanda Kerajaan MADANI terus memacu kemajuan rakyat di Sabah khasnya dan negara amnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *