Mereka Perlu Dibantu, Disantuni – Dr Syafiq

Para pesakit yang kurang berkemampuan untuk bergerak turut mendapat perhatian Dr Mohd Syafiq yang melakukan rawatan dari rumah ke rumah bagi mengurangkan beban mereka sekeluarga yang ditimpa kesusahan.

KOTA BHARU, 25 Ogos – Tugas seorang doktor bukan sekadar berjiwa besar selain merawat pesakit, malah perlu ada semangat ingin menbantu golongan miskin, kurang upaya dan anak yatim dalam komuniti masyarakat.

Itu prinsip diamalkan Dr Mohd Syafiq Mohd Nadery, 34, bahawa tugas seorang doktor tidak seharusnya berakhir selepas pesakit menerima rawatan, sebaliknya perlu diperluas kepada usaha membina jaringan sokongan bagi membantu golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan.

Dalam masa, sama juga Klinik Dr Shafiq dikendalikannya, memperkenalkan pendekatan menerusi Kad Permata, yang membolehkan anak yatim dan yatim piatu mendapatkan rawatan secara percuma, selain menerima sokongan kewangan serta pendidikan.

Dr Mohd Syafeq memahami kekangan kewangan keluarga yang boleh memberi kesan bukan sahaja terhadap akses kepada rawatan, malah peluang pendidikan dan masa depan anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

Beliau berkata inisiatif itu tercetus daripada keprihatinannya terhadap kesusahan golongan kurang berkemampuan, yang sebelum ini terlepas pandang terutama di segi kewangan dan sokongan orang sekeliling

Dr Syafiq berkata menerusi kad itu, penerima boleh mendapatkan apa jua rawatan secara percuma di dua cawangan Klinik Syafiq miliknya di Tok Bali, Kelantan dan Gong Badak, Terengganu.

Lebih daripada bantuan perubatan, beliau turut menyediakan elaun bulanan RM150 kepada penerima terpilih sehingga mereka menamatkan Tingkatan 5, selain mempertimbangkan bantuan lanjut bagi penerima yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang untuk melanjutkan pengajian.

Kunjungan Dr Mohd Syafeq dari ke rumah sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kerana tidak perlu memikirkan kos serta kesukaran membawa pesakit terlantar mendapatkan rawatan.

Dr Syafiq berkata pendekatan itu penting, kerana kekangan kewangan keluarga boleh memberi kesan bukan sahaja terhadap akses kepada rawatan, malah peluang pendidikan dan masa depan anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

Selain Kad Permata, beliau turut menggerakkan program DocCare di masjid-masjid bagi membantu golongan asnaf yang terlantar, termasuk menyediakan keperluan penjagaan dan peralatan kesihatan bersesuaian.

Beliau bersama pasukannya bergerak dari rumah ke rumah untuk memberikan rawatan percuma kepada pesakit daif dan terlantar, yang menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan di klinik.

Dr Mohd Syafiq melakukan lawatan dan memeriksa pesakit diabetis, Mohd Suzaini Ramli, 55, yang kudung sebelah kakinya selepas dipotong pada 2017. Foto Bernama

Antara penerima manfaat ialah Mohd Suzaini Ramli, 55, dari Kampung Dusun Muda, di sini, yang terpaksa menjalani pembedahan memotong sebelah kaki akibat komplikasi diabetes pada 2017.

Mohd Suzaini yang tidak pernah berkahwin kini tinggal bersama lapan anggota keluarga, termasuk ibunya, Noriah Mamat, 79, yang turut menghidap diabetes dan darah tinggi.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak Dr Syafiq dan kakitangannya yang sanggup membuat rawatan ke atas diri saya walaupun terlantar di rumah.

“Kunjungan doktor ke rumah sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kerana tidak perlu memikirkan kos serta kesukaran membawa pesakit terlantar mendapatkan rawatan,” katanya.

Dr Syafiq berkata usaha itu akan diteruskan, kerana masih ramai golongan daif yang bukan sahaja memerlukan rawatan, tetapi juga sokongan untuk menjalani kehidupan seharian.

Beliau berkata bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya terhad kepada wang atau barangan asas, sebaliknya keperluan kesihatan dan penjagaan jangka panjang turut perlu diberi perhatian.

Selepas ini beliau akan turun ke akar umbi lebih kerap melihat dengan lebih dekat permasalahan yang dialami oleh mereka yang kurang bermampuan agar dapat dibantu dengan sekadar yang termampu oleh pihaknya nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *