Merdeka 69 Tahun: Sambutan Ambang Hari Kebangsaan 2026 Meriah Di Ibu Negara

Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sambil mengibarkan Jalur Gemilang menantikan detik 12 tengah malam 31 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Sambutan Ambang Hari Kebangsaan di ibu negara berlangsung meriah sejak awal malam tadi dalam suasana semangat patriotik yang tinggi dengan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai bagi menantikan kiraan detik 12 tengah malam.

Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka, di sini bagi memeriahkan Konsert Kita Bagi Jadi @ Ambang Merdeka 2026 dan bersama-sama menantikan kiraan detik Hari Kebangsaan ke-69.

Tinjauan Bernama mendapati suasana di lokasi meriah apabila pengunjung daripada pelbagai lapisan usia mula memenuhi dataran bersejarah itu seawal 8 malam sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan latar bangunan ikonik Sultan Abdul Samad menyerlahkan lagi kemeriahan sambutan.

Konsert selama 90 minit itu menampilkan penyanyi tempatan antaranya Aina Abdul, Aman RA, Nadia Aqilah, Asmidar, Haziq Rosebi, Mimifly, Izen Kong dan Pasya, dengan persembahan diiringi kira-kira 350 penghibur menerusi gabungan muzik, tarian dan penceritaan mengenai sejarah, warisan budaya serta kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *