Merdeka 69 Tahun: PM Anwar Berjalan 500 Meter Santuni Peserta Persembahan, Rakyat Di Dataran Putrajaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan beramah mesra dengan para peserta Grafik Manusia dan pengunjung sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pada 31 Ogos 2026.

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencuri perhatian apabila meluangkan masa berjalan sejauh kira-kira 500 meter (m) sambil menyantuni pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pagi ini.

Tidak lama selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat meninggalkan pentas diraja, Perdana Menteri turun berjalan ke pentas grafik manusia terdiri daripada 1,500 pelajar dari 36 buah sekolah sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan beramah mesra dengan para peserta Grafik Manusia dan pengunjung sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pada 31 Ogos 2026.

Perdana Menteri kemudian menunjukkan isyarat dua ibu jari sebagai tanda penghargaan kepada peserta selepas menyaksikan persembahan Grafik Manusia yang memukau dan mendapat sorakan orang ramai.

Aksi spontan itu menceriakan suasana apabila peserta turut menyambut penghargaan berkenaan, manakala orang ramai yang berada di sekitar lokasi terus memberikan sokongan terhadap persembahan yang ditampilkan.

Anwar ketika menyantuni peserta Grafik Manusia menyatakan penghargaan dengan setiap persembahan yang dipamerkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang dilangsungkan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026. Foto Bernama

“Alhamdulillah, persembahan terbaik, amat-amat baik,” katanya.

Kehadiran dan kesudian Perdana Menteri berjalan menyantuni pengunjung serta peserta Grafik Manusia menambah kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, sekali gus memperlihatkan suasana mesra antara pemimpin dengan rakyat pada hari penuh bermakna itu.

Dalam suasana penuh meriah itu, Perdana Menteri meluangkan masa menyapa orang ramai yang berada di sepanjang laluan, selain melayan sapaan dan sambutan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bertemu pemimpin nombor satu negara itu.

Sambutan kali ini membabitkan seramai 10,819 peserta, 77 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam, 328 aset darat dan udara, serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan dan 11 kereta berhias yang turut disiarkan serta diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *