Merdeka 69 Tahun: Ekonomi Malaysia Di Lembaran Baharu, Pertumbuhan 6 Peratus – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Ogos 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 30 Ogos – “Bayangkan, tidak ada yang mengandaikan mengikut unjuran, pertumbuhannya begitu rupa. Tidak ada. Tidak Bank Dunia, tidak IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa). Tidak ada yang mengunjurkan kekuatan ekonomi kita.
“Tetapi Alhamdulillah, suku kedua 2026, (Keluaran Dalam Negeri Kasar) KDNK Malaysia berkembang enam peratus”.

Itu antara inti pati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pertumbuhan ekonomi negara sebanyak enam peratus daripada KDNK tidak pernah diramal mana-mana pihak seperti Bank Dunia dan IMF ketika dunia berdepan ketikdak tentuan geopolitik di Asia Barat sehingga kini.

Jelasnya, pencapaian positif ini adalah hasil khidmat kepimpinan yang diwarisi sejak merdeka, yang mana ia tidak berhasil dan hadir dengan sekelip mata.
“Pelaburan diluluskan dan jumlah dagangan tercatat paling tinggi dalam sejarah sejak 1957 dan 1963. Daya saing Malaysia melonjak ke tangga 15 tahun ini. Kekuatan ringgit muncul sebagai mata wang terbaik Asia 2025.

“Kerajaan, rakan-rakan (dalam Kabinet), memilih jalan sukar. Memperbetulkan asas negara, memperkukuh tatakelola dan mengembalikan disiplin fiskal.
“Menutup ruang ketirisan dan mempercepatkan kelulusan serta membina keyakinan terhadap Malaysia,” katanya.

Turut hadir, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan yang mendengar sendiri kesungguhan Perdana Menteri mengangkat martabat negara dalam amanat yang disiarkan secara langsung petang tadi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
