Mengapa Sudu Kini Jadi Simbol Perjuangan Rakyat Palestin?

BAITULMAQDIS, 17 Sep – Selain bendera dan sepanduk, sudu turut menjadi simbolik demonstrasi perjuangan rakyat Palestin.

Selama berpuluh tahun sejak perang yang mengorbankan ribuan nyawa dan kehilangan harta, benda, dimensi perjuangan mereka berubah sejajar dengan perkembangan semasa terutamanya dalam usaha membebaskan saudara mereka di penjara Zionis Israel.

Kini, sudu dipamer di jalan-jalan sekitar Baitulmaqdis selepas ada tahanan berjaya meloloskan diri daripada penjara menggunakan perkakas berkenaan.

Ketika enam tahanan Palestin melarikan diri melalui terowong pada 6 September dari Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi, rangkaian sosial memuat naik gambar terowong di kaki sinki dan lubang yang digali di luar dengan tanda pagar ‘sudu ajaib’.

Persoalan sama ada perkakas itu digunakan untuk meloloskan diri atau sebaliknya masih tidak jelas.

Rabu lalu, peguam bela seorang daripada tahanan yang telah ditangkap semula memberitahu AFP, anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah mengakui menggunakan sudu, piring dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong dari sel tahanan.

Mahmud adalah salah seorang daripada empat tahanan Palestin yang ditangkap semula.

Keenam-enam mereka dituduh merancang atau melakukan serangan terhadap warga Israel.

Ketika ini, rejim ziois masih memburu dua lagi tahanan yang masih bebas.

Israel telah memulakan inkuiri bagi menyiasat insiden memalukan itu, yang dilihat oleh rakyat Palestin sebagai ‘kemenangan’.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *