Menara Telco Terbakar, MCMC Laksana Tindakan Pemulihan

Menara Telco Terbakar, MCMC Laksana Tindakan Pemulihan

MCMC sedang memantau situasi rangkaian perkhidmatan selular susulan sebuah menara telekomunikasi di Menggatal terbakar pada 26 September 2026. Foto tular

KOTA KINABALU, 27 Sep – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang memantau secara rapi kerja-kerja pemulihan perkhidmatan telekomunikasi susulan insiden kebakaran melibatkan sebuah menara telekomunikasi di Menggatal, dekat sini, pagi semalam.

Punca kebakaran sedang disiasat pasukan di lapangan sejurus menerima laporan manakala insiden tersebut telah menyebabkan rangkaian pengguna sekitar terjejas.

Difahamkan, Pejabat MCMC Negeri Sabah telah menyelaras tindakan pemulihan bersama penyedia perkhidmatan dan pihak berkaitan, termasuk pelaksanaan bypass dan rerouting rangkaian bagi meminimumkan impak kepada pengguna.

“Perkhidmatan 5G yang terjejas telah kembali beroperasi, manakala kerja pemulihan bagi perkhidmatan lain masih diteruskan.

“Berdasarkan perkembangan semasa, kerja-kerja pemulihan dijangka diselesaikan hari ini, tertakluk kepada keadaan dan aspek keselamatan di lokasi,” kata MCMC menerusi hantaran di media sosial.

Sehubungan itu, MCMC akan terus memantau perkembangan sehingga perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa dan merakamkan penghargaan atas kesabaran serta kerjasama pengguna yang terjejas.

Pihak berkuasa juga memantau keadaan di lokasi bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web