MCMC Terus Perkukuh Capaian WiFi Berkelajuan Tinggi Di USM, IPTA Siap 76 Peratus

IMG_7196

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika lawatan ke Projek Liputan Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal pada 3 Oktober 2026. Foto Mutiara FM

NIBONG TEBAL, 3 Okt – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah melaksanakan Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Wi-Fi melibatkan sebanyak 408 daripada 538 lokasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang telah dilengkapi kemudahan itu, sekali gus merekodkan tahap pelaksanaan 76 peratus setakat September lalu.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan, projek berkenaan bertujuan meningkatkan kapasiti dan kualiti capaian Wi-Fi bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan kehidupan kampus yang semakin bergantung pada perkhidmatan digital, khususnya di kawasan tumpuan seperti dewan kuliah, makmal, perpustakaan, pusat pelajar dan kolej kediaman.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika lawatan ke Projek Liputan Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal pada 3 Oktober 2026. Foto Mutiara FM

“Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Wi-Fi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperkukuh ketersambungan digital di institusi pendidikan awam,” kata MCMC.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, baki lokasi yang masih dalam proses pemasangan dijangka diselesaikan secara berperingkat sebelum keseluruhan projek bernilai RM634.1 juta itu siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada 3 Oktober 2026. Foto MCMC

Menurutnya, dua fasa awal projek berkenaan masing-masing membabitkan 14 IPTA serta 177 lokasi termasuk institusi latihan kemahiran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah diselesaikan.

“Ketika ini kita sedang menyelesaikan untuk Fasa 3 membabitkan 206 lokasi dengan 80 lokasi atau 39 peratus daripadanya telah selesai.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika lawatan ke Projek Liputan Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal pada 3 Oktober 2026.

“Untuk MARA pula, 106 daripada 110 lokasi telah siap selain 31 institusi latihan di bawah Kesuma telah siap kesemuanya setakat ini,” katanya selepas melakukan lawatan ke Projek Liputan Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Pemasangan tersebut melengkapkan 1,103 titik akses yang telah disediakan menerusi Fasa 2 pada Julai 2025, menjadikan keseluruhan 1,925 titik akses beroperasi di USM setakat 30 September 2026.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika lawatan ke Projek Liputan Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal pada 3 Oktober 2026. Foto Mutiara FM

Pada masa sama, kerja pemasangan tambahan sebanyak 4,150 titik akses di USM Kampus Induk sedang dilaksanakan dan disasarkan siap menjelang 30 Oktober ini.

Kemajuan di USM merupakan sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif peluasan Wi-Fi di Pulau Pinang yang melibatkan 32 lokasi, merangkumi IPTA serta institusi di bawah kedua-dua institusi berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, 24 lokasi atau 75 peratus telah siap setakat 29 September 2026, dengan jumlah anggaran pelaburan sebanyak RM61.5 juta melalui USP.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *