Mayat Lelaki Hilang Ditemukan Dalam Hutan

Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa di kawasan hutan tempatnya dilaporkan hilang sekitar Kampung Monsok Tengah, Tambunan. Foto JBPM

TAMBUNAN, 19 Nov – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar ke hutan di Kampung Monsok Tengah di sini ditemukan meninggal dunia hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mangsa yang berumur 40 tahun itu ditemukan kira-kira jam 10.28 pagi oleh pasukan penyelamat.

Katanya, mayat mangsa ditemukan di kedudukan sekitar tiga kilometer dari lokasi Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 17 November lepas kira-kira jam 9 pagi selepas abang mangsa menemukan motosikal mangsa di dalam hutan.

“Usaha mencari mangsa di sekitar kawasan terakhir mangsa dilaporkan berada dilakukan orang kampung namun mangsa gagal ditemui.

Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa di kawasan hutan tempatnya dilaporkan hilang sekitar Kampung Monsok Tengah, Tambunan. Foto JBPM

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan bersama pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat mengangkat dan membawa keluar mangsa dari hutan ke PKTK sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *