Maritim Malaysia Tahan Bot Rekreasi Langgar Syarat Sah Lesen

Sebuah bot rekreasi ditahan APMM kerana disyaki melanggar syarat sah lesen. Foto Maritim Malaysia Sarawak

MIRI, 12 Mei – Sebuah bot rekreasi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 3.2 batu nautika barat daya Kuala Baram di sini semalam kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot terbabit ditahan semasa pasukan bot ronda APMM melakukan rondaan rutin di perairan Miri.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot rekreasi berkenaan dikendalikan oleh seorang nakhoda (master) dan dua kru semuanya warga tempatan.

Sebuah bot rekreasi ditahan APMM kerana disyaki melanggar syarat sah lesen. Foto Maritim Malaysia Sarawak

“Selain itu, bot membawa tujuh penumpang warga tempatan dan seorang warga Singapura,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, semua kru dan bot rekreasi terbabit diiringi ke Jeti Marina Bay untuk tindakan lanjut.

Katanya, bot rekreasi terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 iaitu melanggar syarat sah lesen.

Dalam pada itu, Mohd Khairol Anuar berkata APMM terus komited menguatkuasakan undang-undang dan tidak berkompromi ke atas pesalah ingkar.

“Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan secara terus melalui talian Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-418204 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau 082-432016 yang beroperasi 24 jam,” jelasnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *