Maritim Malaysia Kudat Tahan Bot Kargo, Rampas Barangan Kawalan, Baja Bernilai RM150,000

IMG_0071

Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo dalam operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, Kudat pada 4 November 2026. Foto APMM

KUDAT, 4 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo yang disyaki membawa petrol, barangan kawalan berjadual serta baja amonium nitrat tanpa kebenaran polis dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, hari ini.

Bot berkenaan ditahan pada kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika tenggara Dogoton, Pulau Banggi, hasil maklumat risikan.

Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo dalam operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, Kudat pada 4 November 2026. Foto APMM

Pemeriksaan mendapati bot kargo tersebut dikendalikan oleh empat individu terdiri daripada seorang warga Malaysia dan tiga warga Filipina, berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Kesemua individu, bot kargo dan barangan yang dianggarkan bernilai RM150,000 ditahan untuk tindakan lanjut. Bot berkenaan kemudiannya diiring ke Jeti Pelabuhan Kudat bagi menjalani pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo dalam operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, Kudat pada 4 November 2026. Foto APMM

Pengarah Maritim Zon Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar berkata, penahanan tersebut merupakan hasil risikan serta kecekapan anggota operasi dalam mengesan dan mengekang aktiviti mencurigakan di perairan Pulau Banggi.

Beliau menegaskan bahawa Maritim Malaysia akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo dalam operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, Kudat pada 4 November 2026. Foto APMM

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuh penguatkuasaan maritim bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang serta melindungi keselamatan dan kepentingan negara.

Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo dalam operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, Kudat pada 4 November 2026. Foto APMM

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di perairan negara digesa menyalurkannya kepada Maritim Malaysia melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611 858 untuk tindakan segera.

Ibu Pejabat Maritim Zon Kudat menahan sebuah bot kargo dalam operasi penguatkuasaan di perairan Dogoton, Pulau Banggi, Kudat pada 4 November 2026. Foto APMM

Sumber: APMM

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *