Man City Lubuk Salah Buru Gol

Mohamad Salah dijangka akan meledak gol pada perlawanan paling dinantikan minggu ini. Foto BBC

LIVERPOOL, 24 Nov – Mohamed Salah mampu memecahkan rekod 36 tahun Liverpool apabila pasukannya bertandang ke Stadium Etihad bertemu Manchester City malam esok.

Penyerang antarabangsa Mesir itu meledak 10 gol Liga Perdana Inggeris musim ini, termasuk dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brentford awal bulan ini.

Salah, 31, hanya kurang dua lagi untuk mencapai 200 gol bersama The Reds, dan akan menjadi pemain kelima dalam sejarah kelab melakukannya, serta ketiga dalam era baharu.

Legenda-legenda Liverpool seperti Kenny Dalglish, Steven Gerrard, Robbie Fowler, Michael Owen, Ian St John dan Kevin Keegan pun tidak berupaya mengumpul 200 gol untuk kelab.

Pemain terakhir melakukannya ialah Ian Rush apabila dia menewaskan penjaga gol QPR, David Seaman pada Mac 1987.

Salah mencapai 198 gol kurang satu perlawanan berbanding legenda Wales itu, yang meledak gol ke-200 pada penampilan ke-321 untuk Liverpool.

Dalam rekod pertemuan dengan Manchester City, Salah mempunyai kadar jaringan lebih memberangsangkan apabila meledak 11 gol dalam pertemuan antara mereka.

Mohamad Salah dijangka akan meledak gol pada perlawanan paling dinantikan minggu ini. Foto BBC

Musim lalu, dia menemui sasaran dalam keempat-empat perlawanan menentang City – dalam saingan Perisai Komuniti, kedua-dua aksi Liga Perdana Inggeris dan pertembungan Piala Liga.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *