Malaysia, Republik Kyrgyz Komited Tingkatkan Kerjasama Demi Kepentingan Bersama – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sambil diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto X Anwar Ibrahim

BISHKEK, 15 Mei – Malaysia dan Republik Kyrgyz komited dalam meningkatkan kerjasama dua hala dan menjalinkan hubungan lebih erat demi kepentingan rakyat dua negara.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan keinginan dan kesediaan dalam melaksanakannya dengan menyeluruh menerusi kenyataan yang ditandatangani secara bersama hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerjasama tertumpu kepada bidang politik, perdagangan, ekonomi dan pelaburan serta kebudayaan dan kemanusiaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sambil diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto X Anwar Ibrahim

“Kita sudah tentu akan meneroka isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala terutamanya bidang perdagangan dan pelaburan. Seperti yang saya nyatakan walaupun ia telah bermula pada asas yang sangat rendah tetapi peningkatanya adalah satu fenomena.

“300 peratus peningkatan dalam satu tahun yang menunjukkan potensi sangat besar untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Kita pasti akan kembali dan meminta sektor swasta, jabatan kerajaan dan agensi tertentu dengan menumpukan usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala ini terutamanya dalam keadaan yang jarang berlaku di mana kedua-dua presiden dan perdana menteri menandatangani dokumen itu,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov menandatangani Kenyataan Bersama di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto Bernama

Terdahulu, Perdana Menteri diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Republik Kyrgyz di Kediaman Negeri Ala Archa.

Beliau diberi penghormatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sambil diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov.

Terdahulu Anwar sempat memberikan penghormatan di tapak peringatan, Ata-Beyit Bishkek.

Ini merupakan lawatan pertama seorang perdana menteri ke republik itu setelah kali terakhir dilakukan 28 tahun lalu.

Wartawan: Dian Fatiha Maknoh


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *