Malaysia, Qatar Senada Mahu Perang Di Asia Barat Dihentikan – PM Anwar

IMG_6954

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Amir Negara Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada 30 September 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 30 Sep – Malaysia dan Qatar senada bahawa perang di Asia Barat mesti dihentikan, selain bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza perlu disegerakan.

Menurut hantaran di media sosial, perkara itu antara yang dibincangkan menerusi perbualan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Amir Negara Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani petang ini, selain berbicara perkembangan terkini rundingan damai dan pergolakan di Asia Barat.

“Kami turut membincangkan perkembangan terkini rundingan damai dan pergolakan di Asia Barat khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza serta usaha meredakan ketegangan yang melibatkan Iran.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas ingatan dan ucapan takziah Sheikh Tamim susulan pemergian abangnya, Almarhum Idrus Ibrahim.

“Kami senada bahawa perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan segala ikhtiar damai diperkukuh demi menghentikan penderitaan rakyat,” ujar Anwar.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus mendukung usaha diplomatik bersama Qatar dan rakan serantau bagi menjamin keamanan yang berkekalan.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan atas ingatan dan ucapan takziah Sheikh Tamim susulan pemergian abangnya, Almarhum Idrus Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah di Masjid As-Syarif, Seri Kembangan pada 28 September 2026. Foto PMO

“Baginda juga memohon agar saya sampaikan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Anwar turut menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia-Qatar terus berkembang khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Saya merakamkan penghargaan atas undangan Sheikha Moza kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH),” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *