Madonna Pukau 1.6 Juta Peminat Tonton Konsert Percuma Di Copacabana

Penampilan memukau Madonna pada malam konsert "Celebration" yang berlangsung di pantai Copacabana, Rio De Janeiro, Brazil pada Sabtu lalu. Foto Reuters

RIO DE JANERIO, 6 Mei – Lebih sejuta orang berhimpun di pantai Copacabana, di sini, untuk menyaksikan konsert percuma penyanyi tersohor dunia, Madonna pada Sabtu (4 Mei) lalu.

Sekalipun dalam cuaca panas, peminat-peminat Madonna setia menonton konsert jelajah dunianya, “Celebration” sehingga habis.

Dianggarkan 1.6 juta orang membanjiri sepanjang pantai yang cukup terkenal di Rio de Janeiro itu. Orang ramai juga dilaporkan menunggu selama berjam-jam atau berhari-hari untuk mendapatkan tempat terbaik.

Penampilan memukau Madonna pada malam konsert “Celebration” yang berlangsung di pantai Copacabana, Rio De Janeiro, Brazil pada Sabtu lalu. Foto Reuters

Sementara peminat yang berkemampuan pula lebih kaya pula memilih berlabuh di puluhan bot berhampiran pantai selain memenuhi pangsapuri berhadapan pantai.

Anggota bomba menyembur air sebelum konsert berikutan suhu melebihi 30 darjah Celsius, untuk menyejukkan peminat berkumpul berhampiran pentas ratu pop dan air minuman diedarkan secara percuma.

Suhu yang dicatatkan semasa persembahan lewat malam adalah sekitar 27 darjah Celsius.

Madonna, 65, mempersembahkan lagu seperti Like A Prayer, Vogue dan Express Yourself selama lebih dua jam bermula pukul 10.45 malam sekali gus menutup sesi konsert jelajah dunia yang bermula akhir tahun lalu.

Antara jutaan peminat superstar Amerika Syarikat, Madonna sekitar Pantai Copacabana, Rio De Janerio pada Sabtu. Foto Reuters

“Rio, inilah kita, di tempat yang paling indah di dunia, dengan lautan, gunung,” kata Madonna kepada orang ramai.

Artis pop Brazil Anitta dan Pabllo Vittar, serta pemuzik muda dari sekolah samba antara yang turut menyertai Madonna dalam persembahan itu.

Lebih 3,000 pegawai polis telah dikerahkan di sekitar kawasan konsert, di mana Rolling Stones dan Rod Stewart juga sebelum ini telah menarik jutaan penonton.

Pihak berkuasa menggunakan strategi pengurusan orang ramai yang serupa dengan pengendalian mereka pada sambutan Tahun Baru yang terkenal di bandar itu.

Pihak berkuasa Brazil juga telah meningkatkan keprihatinan terhadap masalah kesihatan berkaitan haba selepas seorang peminat muda Brazil meninggal dunia pada konsert oleh Taylor Swift tahun lepas akibat strok haba.

Kerajaan negeri dan bandar Rio berkata mereka membelanjakan 20 juta reais (AS$3.9 juta) untuk konsert itu, manakala selebihnya dibiayai oleh penaja swasta.

Pihak berkuasa menganggarkan konsert itu boleh membawa pulangan kira-kira 300 juta reai kepada ekonomi Rio. – Reuters


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *