Lori Simen Hilang Kawalan, Pemandu Disahkan Maut

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori berkenaan. Foto JBPM Sabah

TAWAU, 14 Mei – Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia lingkungan 40 tahun itu tersepit dalam lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.53 pagi.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori berkenaan. Foto JBPM Sabah

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori simen dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori berkenaan ditemukan tersepit, namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 11.35 pagi,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *