Lori Kargo Sarat Muatan Barang Musnah Terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah lori kargo di kawasan Batu 18, Jalan Bintulu-Miri petang tadi. Foto JBPM Sarawak

BINTULU, 16 JunSebuah lori kargo yang sarat dengan muatan barang musnah dalam kebakaran di kawasan Batu 18, Jalan Bintulu-Miri petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, semasa kejadian lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Miri menuju ke Bintulu sebelum ia tiba-tiba terbakar.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah lori sedang terbakar yang memusnahkan kira-kira 90 peratus komponen lori terbabit,” ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula menggunakan sumber air dari pam jentera dan sumber air tangki jentera.

Pasukan bomba ujarnya, mengambil masa selama satu jam memadam kebakaran yang berlaku yang mana api berjaya dikawal sekitar jam 3.13 petang.

Setelah selesai operasi memadam kebakaran dan didapati tiada berlaku kebakaran berulang, pasukan bomba menamatkan operasi jam 3.30 petang sebelum bertolak balik ke balai.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *