Liverpool Terbangkan Ibu Bapa Diaz Sambut Krismas Di England

Keluarga Luis Diaz diterbangkan ke Liverpool untuk menyambut Krismas tahun ini selepas pembebasan bapa pemain itu. Foto Vanguard News

LIVERPOOL, 19 Nov – Gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) Liverpool menerbangkan ibu bapa bintang Colombia, Luis Diaz untuk menghabiskan musim cuti perayaan Krismas di England ketika mereka memulihkan diri daripada insiden diculik di negara mereka.

Bapa Diaz dibebaskan minggu lalu selepas ditahan selama 12 hari oleh kumpulan gerila ELN.

Luis Manuel Diaz diculik bersama isterinya Cilenis Marulanda pada 28 Oktober lalu.

Marulanda diselamatkan beberapa jam kemudian dan pencarian besar-besaran di darat dan udara dilakukan untuk menjejaki suaminya.

Luis Diaz kemudian bertemu dengan ibu bapanya sekembalinya ke Colombia bagi tugasan antarabangsa Selasa lalu.

Penyerang Liverpool itu kemudian menjaringkan kedua-dua gol ketika mengejutkan Brazil 2-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Liverpool menyewa jet peribadi yang tiba di England semalam untuk membawa ibu bapa Diaz dan beberapa ahli keluarga terdekat bagi menghabiskan musim perayaan di Merseyside.

Keluarga Luis Diaz diterbangkan ke Liverpool untuk menyambut Krismas tahun ini selepas pembebasan bapa pemain itu. Foto Vanguard News

Diaz akan menyertai mereka di England selepas beraksi buat Colombia pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay di Asuncion pagi Rabu ini.

The Reds mempunyai jadual padat sekembalinya mereka daripada rehat tugasan antarabangsa dengan 11 perlawanan antara 25 November hingga 1 Januari depan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *