Lesap Hampir RM100,000 Ikut Pelaburan Tidak Wujud

Ia berhubung kes lelaki berkenaan lesap hampir RM100,000 dari wang persaraannya selepas menyertai pelaburan tidak wujud dari luar negara. Foto hiasan
KUALA TERENGGANU, 2 Jun – Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa lelaki berusia 59 tahun membuat laporan kehilangan wang di Balai Polis Kuala Terengganu pada jam 8.24 malam tadi.
Ia berhubung kes lelaki berkenaan lesap hampir RM100,000 dari wang persaraannya selepas menyertai pelaburan tidak wujud dari luar negara.
Menurut laporan, pesara itu tertarik dengan tawaran pelaburan melalui iklan di aplikasi TikTok pada 14 Mei lalu.
Mangsa berhubung dengan sindiket melalui aplikasi Telegram dan membuat transaksi bagi menyertai pelaburan yang ditawarkan.
“Selepas menyertai pelaburan itu mangsa diberitahu sudah untung. Bagi menebus keuntungan, dia diminta membuat beberapa lagi transaksi dalam beberapa akaun berbeza,” katanya.
Beliau berkata, akibat terpedaya mangsa kerugian keseluruhan RM97,933 wang simpanan pencen.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

