Laporan Malaysia Disenarai Penaja Keganasan Adalah PALSU – Reuters

Mesej di WhatsApp yang tersebar sebenarnya adalah palsu. Foto X Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu,” jelas agensi berita itu menerusi hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp, penyedia perkhidmatan pesanan segera.

Malah ia turut disahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam ciapannya di X hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *