Lapangan Terbang Dibuka Semula Selepas Taufan Beryl Reda

Kaunter pendaftaran syarikat penerbangan diserbu selepas lebih 300 penerbangan dibatalkan pada Jumaat. Foto Reuters

CANCUN, 7 Jul – Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.

Kaunter pendaftaran syarikat penerbangan diserbu selepas lebih 300 penerbangan dibatalkan pada Jumaat.

Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.

Ribut Tropika Beryl melintasi destinasi pantai utama Mexico pada Jumaat membawa angin kencang dan hujan lebat.

Bagaimanapun ia tidak meninggalkan kerosakan besar selepas merentasi Caribbean.

Menurut Agensi Perlindungan Awam, Mexico melaporkan kematian sifar susulan Taufan Beryl.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *