Lagenda Liverpool Pilih City Juara, The Reds Pencabar Terkuat

Persaingan sengit antara Klopp (kiri) dan Guardiola bakal menyaksikan drama berterusan disajikan sepanjang musim Liga Perdana Inggeris (PL). Foto Liverpool Echo

LONDON, 13 Nov – Jamie Carragher memilih Manchester City sebagai calon juara Liga Perdana Inggeris (PL) musim ini walaupun skuad kendalian Pep Guardiola diikat 4-4 oleh Chelsea.

City dibolosi penalti saat akhir Cole Palmer untuk berkongsi mata di Stamford Bridge, tetapi masih kekal sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan hanya satu mata menjelang rehat perlawanan antarabangsa.

Juara bertahan itu cuba menjadi pasukan pertama memenangi Liga Inggeris empat kali berturut-turut dan Carragher percaya mereka mempunyai keupayaan untuk melakukannya, tetapi bakal berdepan saingan sengit daripada Liverpool.

“Saya rasa City berada satu tahap di atas Liverpool dan Arsenal ketika ini. Ia mungkin akan berubah dalam tempoh empat atau lima bulan akan datang ketika pasukan lain mula meningkat, terutama Liverpool, mereka mempunyai ramai pemain baharu.

“Tetapi saya rasa kita belum melihat City yang sebenar musim ini dan mereka masih berada di puncak liga.

Persaingan sengit antara Klopp (kiri) dan Guardiola bakal menyaksikan drama berterusan disajikan sepanjang musim Liga Perdana Inggeris (PL). Foto Liverpool Echo

“Apabila anda melihat kedudukan pasukan, ia persaingan liga yang hebat. City belum menjarakkan diri daripada sesiapa. Ia bagus untuk liga, dan jurang ini akan semakin besar apabila kempen menuju ke hujungnya,” kata Carragher.

Liverpool satu-satunya pasukan yang berjaya memecah dominasi City dari tahun 2017 sehingga sekarang.

Jurgen Klopp membimbing Liverpool memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris pertama mereka tiga tahun lalu, tetapi disusuli dengan musim mengejutkan selepas berada di luar kelompok kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.

The Reds bagaimanapun bangkit musim ini dan Carragher percaya anak buah Klopp mampu memberikan saingan lebih sengit berbanding naib juara musim lalu, Arsenal.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *