Krisis Negeri Sembilan: Polis Buka Kertas Siasatan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kenyataan dan penyebaran kandungan di media sosial berkenaan dilihat berpotensi menimbulkan provokasi, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Foto Polis Negeri Sembilan

SEREMBAN, 8 Mei – Beberapa siasatan berhubung laporan polis berkaitan kandungan di media sosial membabitkan kemelut yang melanda negeri itu, sedang dijalankan Polis Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, kenyataan dan penyebaran kandungan di media sosial berkenaan dilihat berpotensi menimbulkan provokasi, keresahan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Sehingga hari ini, sebanyak 49 keterangan sudah dirakam dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alzfany berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

Beliau berkata, siasatan membabitkan perbuatan berunsur hasutan termasuk mengeluarkan, menerbitkan atau menyebarkan kandungan menghasut, selain kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam atau menghasut mana-mana golongan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, siasatan juga dijalankan membabitkan perbuatan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk penyebaran kandungan yang jelik, palsu, mengancam atau menyakitkan hati.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan provokasi, menggugat ketenteraman awam serta menyentuh isu bkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R), khususnya melalui media sosial.

Kenyataan media Polis Negeri Sembilan yang disiarkan pada 8 Mei 2026. Foto Polis Negeri Sembilan

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *