Krisis China – Australia Bakal Terima Tambahan Tentera Amerika Syarikat

(L-R) Australian Defense Minister Peter Dutton, Foreign Minister Marise Payne, US Secretary of State Antony Blinken and Defense Secretary Lloyd Austin pose for a group photograph at the State Department in Washington, DC, on September 16, 2021. - The US announced a new alliance September 15 with Australia and Britain to strengthen military capabilities in the face of a rising China, with Canberra to get a nuclear submarine fleet and US cruise missiles. (Photo by Andrew Harnik / POOL / AFP) (Photo by ANDREW HARNIK/POOL/AFP via Getty Images)

WASHINGTON, 17 Sep – Australia semalam memaklumkan, lebih ramai tentera Amerika Syarikat (AS) akan ditempatkan untuk penugasan secara bergilir di negara itu.

Selain itu, negara sekutu juga akan bekerjasama membangunkan peluru berpandu, dalam usaha pakatan terbaru susulan kebimbangan terhadap kebangkitan China.

Australia sekali gus mengumumkan pakatan sekutu tiga hala dengan AS dan Britain, yang mana Canberra bakal memperoleh kapal selam berkuasa nuklear.

Namun, ia mencetuskan kemarahan Perancis berikutan Australia membatalkan kontrak untuk membeli kapal selam konvensional daripada negara itu.

Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton dalam lawatannya ke Washington, memaklumkan Canberra akan meningkatkan kerjasama secara signifikan, termasuk dalam usaha membangunkan peluru berpandu dan kelengkapan letupan.

Beliau berkata, Australia bersedia menerima lebih ramai tentera laut AS untuk penugasan secara bergilir melalui Darwin.

“Saya mempunyai aspirasi bagi memastikan bilangan tentera terbabit bertambah. Keupayaan udara dan maritim serta kedudukan pasukan akan dipertingkatkan,” katanya.

Dutton turut melihat Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan sebagai rakan Australia di rantau itu.

Terdahulu Perdana Menteri Australia, Scott Morrison pula dilaporkan berkata Canberra bakal memperoleh peluru berpandu jarak jauh Tomahawk.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin turut mengesahkan bahawa Washington ‘akan memperluas akses dan kehadirannya di Australia’, tanpa memberikan perincian angka berhubung perkara itu.

Austin berkata, dua negara bersekutu itu membincangkan kebimbangan berkait China, dalam mesyuarat empat hala yang turut dihadiri Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dan Menteri Luar Australia, Marise Payne.

Bagaimanapun, China dilapor menyuarakan kemarahan terhadap perjanjian untuk perolehan kapal selam berkuasa nuklear terbabit yang menyusul ketika Australia berdepan peningkatan tekanan diplomatik dan komersial daripada kuasa Asia itu.

Dalam satu lagi petanda kepada China, Morrison dilaporkan akan menghadiri sidang kemuncak empat hala secara bersemuka yang pertama dengan Presiden AS, Joe Biden; Perdana Menteri India, Narendra Modi; dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, di Washington, minggu depan.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *