KPT Diarah Laksana Rancangan Segera Tambah Bilangan Jurutera Jayakan AI – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika melawat tapak pameran pada Majlis Peluncuran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Negara ketika ini kekurangan 30,000 jurutera seperti didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap melancarkan Fakullti Kecerdasan Buatan Universiti Tekenologi Malaysia dan Malaysia Artifical Intelligence Nexus 2024 di ibu negara hari ini.

Justeru, katanya Kementerian Pendidikan Tinggi diarah melakukan rancangan segera bagi menambah bilangan profesion itu untuk menjayakan program Kecerdasan Buatan (AI).

“Kementerian Pendidikan Tinggi harus memikirkan bagaimana kita ada suatu rencana segera melalui TVET, Institut Latihan dan Fakuliti-Fakulti Sains Kejuruteraan untuk menambah dengan mempertahankan mutu”, ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika melawat tapak pameran pada Majlis Peluncuran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia pada Jumaat. Foto Bernama

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu semua pihak memainkan peranan bagi menarik minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sekiranya perlu, kaedah pembelajaran yang lebih menarik wajar diperkenal bagi memastikan ia jadi fokus generasi muda.

“Minat anak-anak sudah mulai terhakis dan berkurangan. Harus ada gesaan baru supaya anak-anak menaruh minat.

“Perlu kita asaskan matematik dan sains. Kalau tidak ekosistem itu tidak terbina”, kata Anwar


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *