Kos Sara Hidup Terus Jadi Fokus Utama Kerajaan MADANI

Pendekatan Kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya melalui subsidi bahan api, tetapi turut melibatkan usaha meningkatkan pendapatan rakyat. Foto PMO

PENDAPAT, 3 Sep – Ketidak tentuan geopolitik dunia menyebabkan kenaikan harga minyak global turut mempengaruhi ekonomi domestik termasuk kos makanan dan kenaikan harga barang walaupun kadar inflasi masih terkawal.

Itu antara cabaran menangani kos sara hidup yang terus menjadi antara fokus utama Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika masyarakat berdepan perubahan harga, keperluan harian yang meningkat serta tekanan terhadap perbelanjaan isi rumah.

Sehubungan itu, pelbagai ikhtiar dilaksanakan bagi membantu meringankan beban rakyat secara lebih bersasar dan mengikut keperluan semasa. Antaranya ialah keputusan mengembalikan had kelayakan asas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, berkuat kuasa 1 September 2026.

Langkah tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai antara ikhtiar segera bagi menangani tekanan kos sara hidup disebabkan faktor geopolitik krisis di Asia Barat.

Pengembalian had berkenaan memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi, sekali gus membantu mereka yang menggunakan kenderaan untuk urusan pekerjaan, persekolahan, keluarga dan kegiatan harian.

Pendekatan menangani kos sara hidup perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya melalui subsidi bahan api, tetapi turut melibatkan usaha meningkatkan pendapatan, memperkukuh peluang pekerjaan, membantu peniaga serta memastikan ekonomi domestik terus berkembang.

Kesepaduan semua komponen termasuk penjawat awam, swasta dan segenap rakyat amat diperlukan bagi menjamin setiap ikhtiar dapat dirasai setiap rakyat tanpa mengira latar belakang

Kita mahu kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, komuniti dan rakyat amat penting bagi memastikan perbelanjaan dilaksanakan secara berhemah.

Manakala pengurusan perbelanjaan sebegitu di samping penggunaan bantuan secara bertanggungjawab serta sokongan terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan juga dapat membantu memperkukuh daya tahan ekonomi keluarga.

Dengan peningkatan bantuan termasuk menambah peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM5 bilion usaha menangani kos sara hidup memerlukan tindakan berterusan dan bersasar agar bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *