Kontinjen Malaysia Sertai Pertandingan WorldSkills 2026 Mampu Raih Kemenangan – PM Anwar

PM Anwar Terus Agenda Pelaburan, Teknologi Dalam Lawatan Ke China

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHANGHAI, 23 Sep – Keyakinan tinggi terhadap kemampuan anak muda negara mengukir nama di pentas antarabangsa dizahirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengejar kemenangan buat negara sempena Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills) Shanghai 2026.

Keyakinan itu dizahirkan Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial seraya berkata, beliau percaya mereka bakal bersaing dengan peserta daripada lebih 60 negara dalam 21 bidang kemahiran akan berjuang sedaya upaya merebut kemenangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya hadir menyaksikan secara langsung perarakan Kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026, malam tadi atas jemputan Premier Li Qiang.

“Syabas kepada seramai 22 anak muda kita yang melambangkan bakat terbaik tanah air dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sambil teguh menjulang bendera Jalur Gemilang dengan rasa kebanggaan dan keyakinan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya doakan segala usaha gigih mereka tidak sia-sia, sebaliknya membuahkan hasil membanggakan dalam misi memburu pingat emas demi tanah air tercinta,” ujar Anwar.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri majlis perasmian itu yang dirasmikan Premier Li sempena lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou dari semalam sehingga Khamis atas undangan kerajaan China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kehadiran beliau di Shanghai World Expo Cultural Center jelas menaikkan semangat 22 anak muda negara berbakat besar ketika melalui pentas utama menempatkan pemimpin dunia termasuk Anwar malam tadi.

Turut mengiringi Anwar ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, Persidangan Kemahiran Dunia 2026 diadakan serentak dengan WorldSkills 2026 bagi membincangkan masa depan pembangunan kemahiran, termasuk peranan kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama pada Sesi Plenari persidangan itu, hari ini, bagi melengkapkan agenda lawatan kerja beliau ke Shanghai yang memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan Malaysia-China, TVET, teknologi, ekonomi digital dan kerjasama industri sebelum berlepas ke Hangzhou menggunakan kereta api laju petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai pada 22 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web