Kes Buli: ‘Tiada Pihak Akan Dilindungi’ – Fadhlina

Kes Buli: ‘Tiada Pihak Akan Dilindungi’ - Fadhlina

Datuk Seri Fadhlina Sidek bertemu dengan keluarga pelajar Tingkatan 2 yang meninggal dunia di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah pada 26 September 2026. Foto Facebook

KUALA PILAH, 26 Sep – Tiada pihak akan dilindungi sekiranya siasatan mendapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan serta pematuhan tatacara di sekolah berkenaan.

Datuk Seri Fadhlina Sidek bertemu dengan keluarga pelajar Tingkatan 2 yang meninggal dunia di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah pada 26 September 2026. Foto Facebook

“Saya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan,” katanya dalam kenyataan.

Fadhlina berkata beliau turut hadir ke sekolah berkenaan pagi ini untuk bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta polis bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian dan tindakan yang telah diambil.

Beliau berkata siasatan polis sedang berjalan dan dimaklumkan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.

Datuk Seri Fadhlina Sidek bertemu dengan keluarga pelajar Tingkatan 2 yang meninggal dunia di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah pada 26 September 2026. Foto Facebook

Katanya, KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

Awal hari ini, polis mengesahkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah meninggal dunia semalam, dengan kes masih dalam siasatan.

Keluarga mangsa mendakwa pelajar berkenaan dipukul ketika berada di asrama sekolah, namun dakwaan itu masih belum disahkan polis.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web