Keropok Beracun: Abang Sulung Meninggal Dunia Pagi Ini

Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi. Foto ihsan keluarga

GEORGE TOWN, 10 Jul – Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, meninggal dunia hari ini.

Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.

“Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan,” katanya ketika dihubungi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman pekebun.

– Oleh Zuhainy Zulkiffli


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *