Kerjasama Rapat Dua Anak Muda Cetus Fenomena Baharu Di Permatang Pauh

Nur Aishah dan Salehan Jahaya tampak ceria dan bersemangat semasa bergambar sempena Konvesyen Khas 25 Tahun KEADILAN di IDDC Shah Alam pada Ahad.

PENDAPAT, 23 Apr – Susulan respon daripada ucapan penutup Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahukan agar jentera parti dipersiapkan daripada sekarang bagi menuju Pilihan Raya Umum akan datang sebenarnya telahpun dilakukan lebih awal oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Permatang Pauh.

Ia disusun menerusi beberapa siri program yang telahpun dilaksanakan sehingga penghujung bulan Ramadan lalu dan kemuncaknya diadakan Program Bubur Lambuk Perdana sempena kunjungan YAB Perdana Menteri pulang ke Penanti, Bukit Mertajam tempoh hari.

Menariknya lagi, penyertaan beberapa anak muda di DUN Penanti dan Seberang Jaya yang terlibat sama menjayakan beberapa siri program tersebut adalah merupakan printis awal bagi menggerakkan aktiviti secara berterusan malah telah mencetuskan satu fenomena baharu di Parlimen Permatang Pauh.

Bukan itu sahaja apa yang dapat dilihat ialah keserasian dan kerjasama rapat yang ditunjukkan mereka terutamanya Nur Aishah Zainol selaku Ahli Majlis MBSP dan Salehan Jahaya pula yang baharu dilantik sebagai Penyelaras DUN Penanti serta dikuti beberapa anak muda yang lainnya wajar diberikan pujian.

Sementelah, secara relatifnya usia mereka yang masih muda menunjukkan bukti akan keupayaan dengan menganjurkan beberapa aktiviti atau program yang berteraskan elemen budaya, keusahawanan, komuniti dan kebajikan menyerlahkan dinamika idea dan kesungguhan sekali gus mencerminkan mereka adalah bakal pemimpin pelapis pada masa hadapan untuk menggantikan pemimpin KEADILAN Permatang Pauh sedia ada.

Nur Aishah dan Salehan Jahaya tampak ceria dan bersemangat semasa bergambar sempena Konvesyen Khas 25 Tahun KEADILAN di IDDC Shah Alam pada Ahad.

Penulis sendiri agak sedikit terkilan dengan perkembangan lalu namun sentiasa menyokong dari belakang segala apa sahaja yang dilakukan oleh mereka berdua dalam mengatur beberapa program yang boleh mendekatkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Awalnya penulis telah menyatakan minat untuk bersama-sama mengekspresasikan pengalaman berlari sejauh 6 kilometer sambil menikmati pemandangan indah di laluan berbukit terpaksa menarik diri daripada untuk ikut serta bersama mereka yang lain di dalam satu Program Mengkuang Nature Run 2024 di Villa Honey Bambo Mengkuang Dam, Bukit Mertajam pada bulan Mac lalu.

Pelbagai agensi kerajaan dan jabatan turut dilibatkan sama terutamanya yang menjadi tonggak penting kejayaan program ialah kerjasama daripada Pejabat Belia Sukan dan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah yang memeriahkan suasana program tersebut malah mendapat liputan meluas daripada media sosial sehingga berjaya menarik hampir dua ribu peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian tersebut.

Cetusan daripada idea dan kesungguhan merekalah yang terdiri kalangan anak muda Permatang Pauh kini dilihat kembali bernafas dan semakin segar berbanding sebelumnya selepas KEADILAN kehilangan dua wakil rakyatnya satu di Penanti dan satu lagi di Seberang Jaya.

Malahan segala apa program atau aktiviti yang diadakan itu telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada orang ramai tanpa mengira latar belakang ideologi politik masing-masing.

Sehingga kini pun difahamkan akan ada lagi beberapa aktiviti atau program di kedua-dua DUN baik Penanti atau Seberang Jaya yang hendak dijalankan.

Nur Aishah tidak melepaskan peluang semasa di bulan Ramadan lalu telah terlibat secara tidak langsung dalam menganjurkan beberapa program bersama Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga(JPWK) Penanti membantu beliau malah turut secara sukarela menjadi penaja dengan menyumbangkan sayur-sayur segar yang dibekalkan terus daripada ladang.

Tidak cukup dengan menaja atau terbabit dengan jualan rahmah, beliau turut bermurah hati mengambil keberkatan bulan Ramadan telah banyak berkongsi rezeki antaranya mengedarkan bubur lambuk beserta kuih raya yang dibuatnya sendiri untuk diberikan secara percuma kepada beberapa anggota petugas dan anggota parti KEADILAN Cabang Permatang Pauh.

Dalam pada itu, beliau Nur Aishah dan Salehan Jahaya semasa di penghujung bulan Ramadan melapangkan diri hadir sama-sama meraikan Malam Qiamulail Belia MADANI bersama Anggota Muda KEADILAN Permatang Pauh yang diadakan di Masjid Kubang Ulu, Penanti.

Kemuncaknya, kedua-dua anak muda ini semasa hadir ke Konvesyen 25 Tahun Keadilan di IDDC Shah Alam dilihat tampak bersemangat malah berkobar-kobar dengan menzahirkan harapan dan keyakinan yang mereka berdua tekad beriltizam dan ingin membuktikan yang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas ini dapat dirampas kembali.

Begitulah harapan Srikandi wanita dan Pemuda Keadilan seperti yang ditunjukkan oleh Nur Aishah dan Salehan di mana mereka berdua turut sama terlibat di dalam beberapa siri sesi libat urus yang membabitkan Parti KEADILAN Cabang Pematang Pauh.

Sebenarnya KEADILAN Cabang Permatang Pauh telahpun memulakan lebih awal lagi seperti mengadakan aktiviti sesi libat urus yang diketuai oleh Senator Amir Ghazali merangkap Ketua Penerangan KEADILAN negeri Pulau Pinang bersama-sama Ketua-Ketua Ranting termasuklah dilibatkan Pengerusi semua MPKK kawasan Permatang Pauh dengan tujuan atau matlamat bagi memugarkan kembali perjuangan setelah 25 tahun usia KEADILAN ditubuhkan.

Hal demikian merujuk daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar semasa menyempurnakan Majlis penutup sempena Konvesyen 25 Tahun KEADILAN baru-baru ini di IDCC Shah Alam.

Sebenarnya YAB Perdana Menteri yang juga Presiden parti telah meninggalkan mesej kepada semua yang terlibat di dalam gerakan parti politik terutamanya KEADILAN agar jentera politik, baik di peringkat Cabang, mahupun Ranting dapat disusun rapi dengan kemas juga tidak terkecuali terutamanya di pihak Majlis Pimpinan Negeri mesti proaktif turun ke lapangan bagi memantau perjalanan jentera parti.

Terdahulu beberapa pemimpin turut menggesa agar setiap jentera parti politik hendaklah digerakkan di semua peringkat bermula selepas balik daripada Konvesyen 25 Tahun KEADILAN bagi mempersiapkan parti menuju pilihanraya akan datang (PRU16).

Dalam pada itu, semasa sesi pembentangan KEMAS16 dan POP25 yang disampaikan oleh Rafizi Ramli agak kurang jelas akan maksud formula berkenaan sehinggakan ketika sesi berdialog pun terdapat para peserta yang mengajukan soalan kepada beliau telah terkeluar daripada skop pelan KEMAS16 dan POP25.

Pun begitu, hadirin peserta konvesyen turut menghadapi masalah yang serupa apakah maksud formula tersebut yang hendak disampaikan itu sebenarnya.

Belum lagi cara tindakan atau bagaimanakah hasrat YAB Presiden untuk menjadikan KEADILAN yang sudah bertapak sekian lamanya genap 25 Tahun adalah sebuah gergasi politik pada masa hadapan?

Kerajaan Perpaduan Kekal Mantap, ‘Goodbye’ Desperados

Pada hal hakikatnya untuk berjaya menembusi keanjalan dominan parti lain yang memperjuangkan di atas nama agama, bangsa sehingga berlalunya PRN di mana momentum sokongan dilihat masih lagi berpihak kepada mereka.

Makanya, inilah cabaran yang amat getir bagi setiap jentera parti KEADILAN di semua peringkat untuk menghadapinya malah pada masa akan datang barangkali kemungkinan-kemungkinan itu akan berlakunya perubahan terutamanya jikalau dilihat daripada sudut geopolitik yang melibatkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Penulis terpanggil dan amat menyokong seperti mana yang diperingatkan oleh Dato’ Seri Anwar bahawa sekalipun laungan keramat Reformasi bergema kuat, atau benarnya bagaimanapun perjuangan KEADILAN akan tetapi jikalau jentera parti tidak diperkukuhkan dengan persiapan yang rapi agar sukar untuk mengalahkan parti politik lawan sekalipun rekod mereka semasa menjadi pemeritahan lalu amat buruk dan paling teruk.

Bukan itu sahaja, setiap ahli parti di peringkat akar umbi harus sedar bahawa kejayaan PH menjadi kerajaan memerintah di peringkat persekutuan sekarang ini bukanlah pencapaian kemenangan hakiki yang sebenarnya.

Pesanan Saifuddin Azimat Perjuangan

Lantaran itu, Kerajaan Perpaduan yang sedang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar selaku presiden kita diibaratkan seumpama ‘dedalu’ yakni setiap parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan saling tumpang menumpang antara satu sama lain.

Contohnya kebijakan politik Presdien Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sekalipun partinya dalam BN banyak yang kalah tetapi tetap menjadi sebahagian daripada kerajaan yang turut menjadi ‘King Maker’ dalam menentukan kestabilan politik negara.

Walaupun tidak dinafikan terdapatnya pergeseran pandangan atau pendapat yang membabitkan beberapa pemimpin komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan namun segalanya dapat diatasi dengan cukup baik.

Apa yang paling penting ialah di sebalik berlakunya salah faham atau pergeseran itu semua tidak menjejaskan keadaan politik negara akan menjadi tidak stabil.

Uniknya di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini kestabilan politik negara terus dapat dipertahankan biarpun terdapat pihak tertentu yang menggunakan pelbagai cara untuk memecahbelahkan ikatan kerjasama parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan namun akhirnya mereka terus tetap gagal sehingga sekarang malah Ianya sudah pasti kedudukan politik yang semakin kukuh akan berlanjutan sehingga habis penggal parlimen.

Melihat kepada raut wajah Dato’ Seri Anwar kini tampak keadaannya kurang kelihatan ceria tapi masih bersemangat seolah-olah beliau sedang menyembunyikan saat sukar menghadapi tekanan yang datang bertali arus sama ada daripada rakan komponen parti atau dakwaan tuduhan liar daripada pihak pemimpin pembangkang.

Agenda Reformasi Kerajaan Adalah Tekad Politik Bantu Rakyat – PM Anwar

Mengulas lanjutnya perkembangan terbaharu di dalam kes rayuan pengampunan Najib Razak termasuk pendedahan afidavit bertulis yang dilaporkan di sosial media kini tular.

Sudah tentu akan menjadi dilema baharu buat YAB Perdana Menteri untuk menanganinya. Jadi mungkin ucapan semasa penutupan Konvesyen Khas terselit beberapa mesej penting daripada Dato’ Seri Anwar untuk diambil ingatan kepada semua anggota parti yang hadir agar tidak cepat merasa selesa di sebalik kemenangan yang dicapai pada hari ini.

Lagipun tempoh masa berbaki menunggu pilihan raya umum akan datang bukannya panjang sebaliknya berbaki tempoh dua tahun lebih terasa semakin dekat dan apakah keadaan ini boleh mendatangkan keyakinan tinggi daripada rakyat untuk terus bersama KEADILAN dan PH.

Adakah tempoh berbaki dua tahun pemerintahan Kerajaaan Perpaduan dari sekarang di Pusat dianggap telah benar-benar memuaskan hati rakyat atau akan berlaku sebaliknya menyatakan sokongan beralih kepada pihak pembangkang?

Oleh hal demikian, semua anggota parti yang terlibat di dalam gerak kerja politik adalah disarankan terus memainkan peranan dengan saling bantu membantu tidak terkecuali malahan yang paling utama ialah sikap agresif di pihak kepimpinan di semua peringkat agar terus bekerja keras dan menggandakan usaha supaya kemenangan KEADILAN yang sedang dikecapi sekarang dapat terus dipertahankan.

Paling bermakna Dato’ Seri Anwar akan kekal menjadi seorang Perdana Menteri bagi penggal kedua pada selepas PRU16 akan datang.

Signifikan harapan dan hasrat itu atau untuk mencapai kemenangan paling tidak yang akan menjadi penanda aras atau kayu ukur bagi kekuatan KEADILAN secara amnya ialah terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Kebetulan Permatang Pauh merupakan legasi kemenangan yang pernah dicapai oleh Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail secara berturut-turut.

Mengimbau detik-detik paling sukar sepanjang sejarah perjuangan KEADILAN masa lalu iaitu berlaku sekitar pada tahun 2004 di mana parti mengalami kekalahan paling teruk di semua Parlimen yang ditandingi melainkan hanya satu kerusi parlimen sahaja iaitu di Permatang Pauh di mana Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan calonnya berjaya mempertahankannya.

Kejayaan Reformasi Diukur Berdasarkan Manfaat Diperoleh Rakyat – Saifuddin Nasution

Kini menjadi tugasan dan tanggungjawab yang berat di pihak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang yang diketuai Nurul Izzah Anwar sendiri merangkap Ketua Cabang KEADILAN Permatang Pauh untuk mencorakkan parti di mana Parlimen Permatang Pauh yang merupakan pernah diwakilinya selaku Ahli Parlimen selama satu penggal.

Nurul Izzah yang diberikan peluang buat kali kedua kali ini masih mendapat kepercayaan kepimpinan KEADILAN pusat untuk terus memimpin MPN Pulau Pinang.

Beliau tidak bersendirian kerana turut dibantu di belakangnya Dato Dr. Mohamad Abdul Hamid selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang serta beberapa ahli MPN yang lain.

Adalah diharapkan agar beliau dapat memperkukuhkan parti di segenap peringkat dan meneruskan rekod baik menggalas tugas semasa menjadi ahli parlimen dahulu.

Untuk rekod semasa PRU dan PRN ke 15 lalu, Nurul Izzah dilihat masih belum berupaya membuktikan magis kepimpinannya di sebalik berlakunya gelombang hijau yang pertama semasa PRU ke 15 dengan harapan dapat melenyapkan gelombang hijau di kawasan Parlimen Permatang Pauh buat yang kali kedua akan tetapi tidak berjaya dilakukan.

Boleh dikatakan agak malang juga kedua-dua DUN dalam Parlimen Permatang Pauh baik Seberang Jaya mahupun Penanti telah terlepas ke tangan pembangkang.

Jikalau diambi kira secara matematiknya ia dianggap logik ini kerana yang Parlimen Permatang terlebih dahulu telah dapat ditawan semasa PRU15 sebelum diadakan PRN pada Ogos tahun 2023.

Mungkinkah sepanjang tempoh KEADILAN menjadi kerajaan baik negeri dan di pusat akan dapat memberikan banyak kelebihan untuk Keadilan Permatang Pauh bangkit bagi mengubah keputusan PRU yang lalu seterusnya berjaya menterjemahkan kepada kemenangan pada PRU akan datang.

Justeru, pada hemat penulis secara peribadi adalah diharapkan pucuk pimpinan parti di Pusat selepas ini tidak lagi bersikap berat tangan atau lokek dan sekiranya boleh meniru sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pemimpin berpengaruh pembangkang secara senyap bijak mengeksploitasi dana kewangan semasa menjadi kerajaan bagi menghadapi pilihanraya umum atau pilihanraya negeri.

Ternyata hasilnya berbaloi namun begitu, KEADILAN hendaklah tetap memelihara prinsip-prinsip dan mengikut saluran yang betul agar jangan sampai melanggari peraturan atau membelakangkan undang-undang negara.

Sekian,

Muzakkir Haron
Anggota Parti Keadilan
Cabang Tasek Gelugor

  • Pandangan beliau tidak mencerminkan pendirian rasmi Harapan MADANI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *